Siasat Dakwaan 1MDB Biaya Filem - PM

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 11:09 PM

(Ubah saiz teks)

EDISI Khas Soal Jawab Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - menjelaskan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi program yang disiarkan menerusi beberapa saluran televisyen pada pukul 10 malam Khamis, Perdana Menteri menjelaskan beberapa persoalan dan kritikan berkaitan isu semasa dan politik.

SOALAN (S): Datuk Seri saya nak beralih soal 1MDB, ada pihak-pihak yang mendakwa urus niaga 1MDB dengan didalangi oleh beberapa personaliti tertentu amatlah meragukan. Apa komen Datuk Seri.

PERDANA MENTERI (PM): Saya nak jelaskan bahawa 1MDB ini merupakan sebuah badan yang kita sifatkan sebagai sebuah investment company. Bermula dengan build up capital dengan RM1 juta sahaja, berbanding dengan PNB, Khazanah dan badan-badan yang lain kita bagi macam-macam suntikan modal. Tapi untuk 1MDB cuma RM1 juta sahaja.

Bila 1MDB nak mengembangkan perniagaanya, dia terpaksa meminjam. Tetapi aset yang telahpun diperolehi oleh 1MDB melebihi liabilitinya. Ini saya tekankan...melebihi liabiliti. Kita perlu memberi masa kepada 1MDB untuk membangunkan atau mencairkan aset-aset ini supaya dia dapat melunaskan hutang-hutangnya.

Kita boleh pertikaikan business model, saya sedia mendengar pandangan yang berbeza dalam business model. Tapi apa yang saya nak tegaskan di sini bahawa saya tidak boleh terima kalau ada apa-apa salah guna kuasa dalam 1MDB. Misalnya kalau duit dilesapkan. Sebab itu apabila Deloitte Malaysia sebagai auditor telah pun mengesahkan auditnya, saya masih tak puas hati.

Saya telah pun membawa cadangan dalam Kabinet supaya Ketua Audit Negara menyemak balik secara terpeinci. Dan setelah menyemak, saya minta PAC meneliti pula. Dalam PAC ada pembangkang. Mereka boleh bincangkan laporan Ketua Audit Negara. Jadi apa yang saya nak katakan, biarlah proses ini berjalan. Bagi tempoh sebab kalau kita dakwa...ada banyak bezanya. Kalau kita kata duit telah dilesapkan ataupun ada pinjaman, ia berbeza. Saya juga minta Ketua Audit Negara tolong sahkan ada atau tidak dana 1MDB ini disalahgunakan untuk membuat filem umpamanya.

Saya nak tahu. Ini antara perkara-perkara yang mesti ditentukan oleh laporan Ketua Audit Negara dan seterusnya disahkan oleh PAC.

S: Adakah tempoh masa tertentu diberikan kepada Ketua Audit Negara dan juga PAC.

PM: Kita tak beri tempoh tapi mereka perlu buat dengan seberapa segera yang boleh. Siasatan yang rapi dan seberapa segera yang boleh sebab saya nak rakyat tahu sebab saya telah bagi jaminan bahawa dalam urusan 1MDB kalau ada salah guna kuasa maka kita tidak akan pertahankan sesiapa.

S: Ada juga pihak yang bertanya wang 1MDB yang dipindahkan dari Cayman Islands di bawa ke Singapura tapi tidak dibawa balik ke Malaysia, mengapa Datuk Seri.

PM: Pertamanya duit itu tidak di Cayman Islands, kerana Cayman Islands ini merupakan pendaftaran sahaja. Banyak syarikat...ada 200 syarikat Malaysia ada Cayman Island account. Mereka simpan duit ini diluar sebab ada hutang, iaitu hutang dalam bentuk hutang luar. Jadi daripada mereka bawa balik ke Malaysia elok mereka simpan di luar sebab mereka boleh dapat keuntungan dari segi foreign forex dan sebagainya.

Masa akan menentukan, tapi dalam masa tertentu duit itu akan dibawa balik ke Malaysia.

S: Jadi tiada kaitan dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh Bank Negara untuk dibawa balik duit itu ke Malaysia

PM: Sistem kita bebas, apa-apa kita nak buat pun, dengan pengesahan daripada Bank Negara. Jadi Bank Negara tahu tentang movement of fund dan sebagainya.

S: Adakah Datuk Seri pernah menjelaskan perkara 1MDB ini kepada Tun Mahathir.

PM: Saya secara langsung tidak...dia tak bangkitkan secara terus dengan saya. Tapi saya tahu bahawa lembaga pengarah 1MDB dan CEO 1MDB ada berjumpa dengan beliau menerangkan keadaannya.

S: Adakah Datuk Seri memohon pihak pengurusan 1MDB agar lebih transparent dalam urusniaganya yang akan datang supaya rakyat mendapat maklumat yang secukupnya

PM: Ya begitulah, dengan penyusunan semula pengurusan 1MDB saya harap sedemikian. Begitu juga kita telah umumkan program rationalisation, kita sekarang dalam proses pelaksanaan langkah rationalisation of 1MDB. Perlu tempoh masa sikit tetapi pelannya sudah disediakan dan sekarang dalam peringkat pelaksanaan.

S: Tadi Datuk Seri ada sebut tentang pembikinan filem yang dituduh dibiayai oleh 1MDB. Kenapa Datuk Seri bangkitkan soal pembikinan filem itu. Apa implikasinya.

PM: Pada dakwaan-dakwaan sedemikian saya tak mahu mempertahankan apa-apa, sebab ia melibatkan ahli keluarga saya, tetapi saya nak Ketua Audit Negara mengesahkan perkara ini.


Tags / Kata Kunci: 1MDB , Cayman Island , Ketua Audit Negara , PAC

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan