Salah Jika Hasut, Jatuhkan Kerajaan Melalui Tunjuk Perasaan - Najib

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 11:46 PM

Gas pemedih mata dilepaskan ke arah penunjuk perasaan di hadapan Menara Maybank, Kuala Lumpur. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG
(Ubah saiz teks)

EDISI Khas Soal Jawab Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - menjelaskan isu berkaitan Akta Hasutan.

Menerusi program yang disiarkan di televisyen pada pukul 10 malam Khamis, Perdana Menteri memperincikan beberapa persoalan dan kritikan berkaitan isu semasa dan politik.

SOALAN (S): Pada satu ketika dahulu, Datuk Seri kata kemungkinan Akta Hasutan ini akan dikaji semula. Tapi baru-baru ini keputusan telah dibuat bahawa Akta Hasutan akan kekal. Jadi banyak pihak yang mengkritik kepusan yang berubah-rubah itu. Apa komen Datuk Seri?

PERDANA MENTERI (PM): Apabila saya kata bahawa Akta Hasutan akan dikaji semula, ia tak bererti bahawa peruntukan itu yang menjadikan sesuatu bentuk dakwaan yang disifatkan sebagai hasutan tidak kita masukkan dalam akta baharu.

Cuma nama Akta Hasutan itu boleh dianggap sebagai kontroversi sebab asal usul sedition itu dikaitkan dengan peristiwa yang dulu. Jadi kita nak lihat cara yang lebih positif, misalnya air dalam gelas, separuh kosong atau separuh penuh. Itu sahaja.

Saya sedar bahawa dalam negara kita yang berbilang kaum dan agama, kita mesti ada undang-undang yang menyekat dan membanteras sesiapa yang boleh membuat dakwaan, kenyataan dan apa-apa berita dalam majalah, tulisan dan sebagainya yang boleh menghasut rakyat membenci rakyat.

Sehinggakan timbul perbalahan dan rusuhan, akta ini mempertahankan semua kaum. Semua kepercayaan...bukan sahaja orang Islam atau orang Melayu, tapi yang bukan Islam dan bukan Melayu juga dipertahankan supaya negara kita ini aman.

Kalau kita tak sentuh soal agama, tak menghina agama orang lain tidak menidakkan soal kewarganegaraan orang lain dan sebagainya...tidak mengatakan orang itu pendatang dan sebagainya, amanlah negara kita.

Ini tidak bererti kita tak boleh mengkritik kerajaan sebab dalam pindaan akta ini kita kata peruntukan mengkritik kerajaan kita mansuhkan. Kalau dulu misalnya kita boleh dakwa mana-mana pihak yang kritik kerajaan. Tapi dalam pindaan akta ini kita mansuhkan. Tapi ia bukan bererti mereka boleh menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui tunjuk perasaan umpamanya...itu salah.

Jadi inilah yang nak diamalkan dalam negara kita bahawa sistem demokrasi yang sihat dan bertanggungjawab. Sebab saya sebagai Perdana Menteri, tanggungjawab saya adalah menjaga keamaman dan keselamatan negara kita. Kalau tiada keamanan, keselamatan negara, tidak guna bagi kita semua.


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan