Perdana Menteri Jawab Isu Politik, Ekonomi Malam Ini

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 5:33 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelbagai persoalan dan kritikan yang diketengahkan kebelakangan ini berhubung pentadbiran negara yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dijelaskan pada Khamis malam.

Orang ramai dapat mengikuti perincian mengenainya menerusi program Soal Jawab Khas Bersama Perdana Menteri pukul 10 malam ini.

Menerusi rancangan terbitan TV3 yang turut disiarkan saluran televisyen rasmi negara, Perdana Menteri akan menjawab pelbagai isu semasa berkaitan politik dan ekonomi.

Rancangan bersiaran selama sejam itu akan dikendalikan moderator, Hamdan Ahamir.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan lantang mendesak supaya Najib menjawab pelbagai persoalan termasuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kontroversi 1Malaysia Development Berhad, selain pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Malahan, beliau juga secara terbuka menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya umum akan datang jika masih diterajui Najib.

Bagaimanapun, kepimpinan Umno dan BN termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil mempertahankan pentadbiran sekarang.

Kepimpinan parti kerajaan juga mahu Dr Mahathir memberi peluang untuk negara ditadbir mengikut cara Najib.



iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan