Batal Kidex: Kerajaan Selangor Digesa Perjelas Alasan

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 9:55 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor digesa mengemukakan alasan kukuh yang menjelaskan pembatalan projek Lebuhraya Damansara-Kinrara (Kidex) yang diumumkan Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali pada 16 Februari lepas.

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) ketika membentangkan usul gesaan tersebut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkata kerajaan negeri sepatutnya mengambil kira pandangan seluruh rakyat sebelum membuat keputusan tersebut.

Menurutnya, laporan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor sebelum ini menunjukkan 4,647 penduduk di kawasan terlibat merangkumi kawasan sekitar Petaling Jaya bersetuju dengan pembinaan lebuh raya berkenaan.

"Sekiranya benar ada rakyat yang bantah pembinaan KIDEX ini, nyatakan siapa? Adakah yang bantah pembinaan ini adalah dalam kalangan anggota politik saja?

"Jika kerajaan Selangor batal projek Kidex kerana rakyat bantah, jadi mengapa projek Datum Jelatek yang turut dibantah rakyat tidak pula dibatalkan kerajaan negeri?" katanya.

Sulaiman membentangkan usul berkenaan bagi menggesa kerajaan negeri supaya memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan Kidex yang dilihat dapat menyuraikan kesesakan trafik yang semakin meningkat di kawasan berkaitan menjelang 2018.

Sementara itu, Adun Permatang berkenaan juga mengkritik alasan kerajaan Selangor membatalkan projek lebuh raya bernilai RM2.2 bilion yang mengatakan syarikat konsesi gagal mendedahkan kadar tol seolah-olah dilihat satu keputusan yang selektif.

Beliau menyifatkan alasan kadar tol itu tidak selaras dengan usaha penghapusan tol yang termaktub dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas apabila tindakan sama juga dibuat kerajaan Pulau Pinang apabila mahu mengenakan tol kepada rakyat menerusi cadangan pembinaan terowong dasar laut.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin ketika memberikan penjelasan terhadap usul berkenaan menyebut bahawa kerajaan negeri tetap dengan pendirian untuk tidak meneruskan pembinaan lebuh raya tersebut.

Katanya, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dalam pertemuan pada 19 Mac lepas.

Mohamed Azmin menyatakan kerajaan negeri masih kekal dengan keputusan untuk menetapkan 60 peratus pembangunan tertumpu kepada penambahbaikan pengangkutan awam dan 40 peratus melibatkan pembinaan jaringan jalan raya.

Usul tersebut bagaimanapun ditolak DUN Selangor yang diumumkan Speaker, Hannah Yeoh Tseow Suan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Kidex , Azmin Ali , Selangor

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan