100 Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Fournier

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 8:49 AM

Antara tetamu yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Fournier.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 tetamu hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Kapten Clifford Willam Fournier Jr di Taman Peringatan Xiao En di Cheras di sini.

Fournier antara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di Semenyih pada Sabtu lalu.

Kemalangan itu turut meragut nyawa Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis, pengawal peribadinya Koperal Razkan Seran, Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan seorang wanita warga Kyrgyzstan yang dikenali sebagai Aidana Baizieva, 25.

Fournier adalah kapten yang menerbangkan helikopter Dauphin 2 semasa ia terhempas kira-kira pukul 4.45 petang.

Helikopter tersebut dikendalikan syarikat penerbangan Cempaka Aviation.

Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah rakan Fournier temasuk mereka yang berada di Singapura.

Namun petugas media tidak dibenarkan untuk menghadiri majlis tersebut yang berakhir kira-kira pukul 10.30 malam.Penghormatan terakhir buat mendiang Fournier turut akan diadakan pada Khamis bermula pukul 9.30 pagi di tempat yang sama.

Berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat, Fournier meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan