Pemimpin AS Beri Penghormatan Kepada JJ

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 8:24 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemergian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (JJ) amat dirasai rakan-rakannya di Amerika Syarikat (AS).

Bekas ahli kongres AS, Eni Faleomavaega yang pernah bekerja dengan Jamaluddin sejak 2009 ketika beliau dilantik sebagai Duta Malaysia ke AS, menyifatkan pemergian bekas menteri itu seperti kehilangan seorang adik.

"Saya boleh buktikan bahawa Jamaluddin amat istimewa. Dia adalah duta dan MP," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Faleomavaega, Ahli Parlimen Rompin itu meningkatkan hubungan antara Malaysia dan AS dalam cara yang luar biasa.

"Malaysia dan AS telah kehilangan seorang rakan yang tiada galang gantinya dan negarawan. Saya kehilangan seorang adik," kata Faleomavaega.

Yayasan Malaysia-AS (MAF) menyifatkan Jamaluddin sebagai penyokong utama dalam meningkatkan hubungan diplomatik dan perniagaan antara kedua-dua negara.

Pengerusi Bersama MAF, James Keith turut menyatakan kesedihan terhadap mereka yang terbunuh dalam nahas helikopter itu.

"Doa dan ingatan kami bersama rakan dan keluarga mereka yang terkorban," kata Keith yang merupakan bekas Duta AS ke Malaysia.

Tags / Kata Kunci: AS , Jamaluddin Jarjis , maut , helikopter

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan