Jackie Chan Bertemu Peminat Sabtu Ini - Berita Semasa | mStar

Jackie Chan Bertemu Peminat Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 5:22 PM

Jackie Chan

Datuk Jackie Chan.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Superstar filem aksi Hollywood Datuk Jackie Chan akan bertemu peminat pada 4.30 petang Sabtu ini, di Bangunan Mahkamah Lama di sini, dan bukannya esok seperti dilapor media hari ini.

Ini disahkan oleh pengarah festival Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2015, Livan Tajang apabila dihubungi Bernama pada Khamis. 

Beliau berkata Chan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 8.30 malam esok.

Sebelum bertemu peminatnya, pelakon itu akan mengadakan sidang akhbar selama 20 minit, katanya. 

"Ini merupakan penampilan rasmi Chan bersama orang ramai kerana beliau bercadang untuk menghabiskan cutinya, menikmati keindahan Kuching," tambah beliau.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan