Akta Hasutan: Kerajaan Akan Buat Perubahan Pindaan

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 9:49 AM

Wee Ka Siong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka membuat beberapa perubahan ke atas cadangan pindaan Akta Hasutan 1948 pada Khamis berikutan kebimbangan yang dibangkitkan beberapa pihak termasuk penyokong Barisan Nasional (BN).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka membuat pengumuman tersebut di Dewan Rakyat.

Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 yang dibentangkan Dr Ahmad Zahid pada Selasa untuk bacaan kali pertama tetapi masih belum dibahaskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata Menteri Dalam Negeri mendengar maklum balas daripada Ahli Parlimen BN terhadap rang undang-undang itu dan akan ada beberapa penyesuaian kepada Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015.

Mengenai pengumuman tersebut, Wee yang juga Timbalan Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Keroh memberitahu The Star pada Rabu bahawa:"MCA mengalu-alukan apa jua kebaikan kepada undang-undang itu. Selagi masih ada ruang untuk memperbaikinya, ia bagus.

Beliau berkata selagi rang undang-undang itu belum diluluskan, penambahbaikan masih boleh diperkenalkan tanpa mengira peringkat rang undang-undang tersebut.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad juga berkata pengumuman tersebut akan mengambil kira keprihatinan yang dinyatakan Ahli Parlimen BN terutama mereka dari Sabah dan Sarawak.

"Beberapa pindaan akan ditarik balik. Tunggu menteri umumkannya," kata Shahrir.

Beliau menjelaskan bahawa antara rungutan yang membimbangkan adalah perkara berkaitan pemisahan.

Rang undang-undang itu bertujuan untuk mengenakan hukuman terhadap sesiapa sahaja yang menyemai perasaan benci dan permusuhan antara individu atau kumpulan atas dasar agama.

Ia juga bertujuan menjadikan suatu kesalahan kepada mana-mana individu atau kumpulan yang menuntut pemisahan mana-mana negeri di Malaysia.

Shahrir berkata terdapat penyokong yang bimbang mengenai pindaan yang menyentuh isu agama.

"Dan terdapat persoalan mengenai rang undang-undang itu menjadi sub judice," katanya.
Tags / Kata Kunci: Akta Hasutan 1948 , BNBBC

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan