Hadi Usaha Jumpa Najib Berhubung Pindaan Kuasa Mahkamah Syariah

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 11:23 PM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika persidangan Dewan Rakyat berbaki sehari sebelum berakhir pada Khamis, Datuk Seri Abdul Hadi Awang difahamkan sedang berusaha untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung cadangan pindaan Akta 355 mengenai bidang kuasa mahkamah syariah.

Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Presiden PAS itu berkemungkinan akan menemui Najib sama ada malam Rabu atau awal pagi Khamis bagi memastikan rang undang-undang persendirian berjaya dibentangkan.

Menurut Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Abdul Hadi sedaya-upaya akan memastikan rang undang-undang persendirian berhubung pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 diawalkan.

"Sebenarnya saya masih menunggu bersama ahli Parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kami menunggu kemungkinan boleh jumpa perdana menteri malam ni, kalaulah...ini harapan.

"Sebab untuk menaikkan kita punya usul yang berada di kedudukan ke-24, mesti dengan kelulusan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen pada lewat malam Rabu.

Berdasarkan senarai aturan mesyuarat dan usul-usul persidangan, cadangan pindaan Akta 355 yang diusulkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berada pada senarai ke-24 iaitu terakhir.

Tambah Takiyuddin, Najib juga sedia maklum mengenai hasrat Abdul Hadi untuk menemuinya berhubung pindaan itu.

"Perdana menteri 'in the know', saya difahamkan beliau sedang berbincang di peringkat tertinggi parti, kedua-dua pihak (Hadi dan Najib) sedar (akan perjumpaan)," katanya. 

Ditanya mengenai rancangan PAS sekiranya gagal membentangkan RUU tersebut pada sesi pesidangan kali ini, Takiyuddin berkata: "Kalau kita tidak dapat masuk (Dewan Rakyat) kali ini, kita kena masukkan usul sekali lagi dalam sidang akan datang.

"Kita sedang minta ihsan kerajaan Pesekutuan, apa yang Hadi bawa adalah perkara yang sepatutnya dibawa kerajaan Persekutuan - Akta 355. 

"Akta itu diluluskan pada 1965 oleh kerajaan, jadi pindaan pun perlu dilakukan kerajaan Persekutuan," katanya.

Selain itu, Takiyuddin turut mendedahkan bahawa wakil parti juga sudah menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi memaklumkan mengenai hasrat mereka.

"Kita sudah jumpa Shahidan kelmarin, peringkat beliau tidak boleh laksana, terlalu banyak urusan kerajaan, mungkin lebih tinggi daripada beliau, tidak tahulah siapa. 

"Ada dua orang lagi, perdana menteri dan timbalan terdana menteri, (Tan Sri Muhyiddin Yassin)... kita bersedia sahaja, kalau perlu jumpa kita jumpa," katanya.

"Sekejap sahaja, 10 minit sahaja (perjumpaan yang diperlukan),” katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan