Dua Pesawat Hercules Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Yaman

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 1:13 PM

Hercules C-130.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Yaman.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata pesawat tersebut berlepas pada pukul 8.20 malam dan 8.55 malam Selasa dari pangkalan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang bersama 43 anggota.

"Pesawat akan ditempatkan di UAE untuk memindahkan rakyat Malaysia melalui negara-negara jiran.

"Kami merancang dan menyelaraskan pemindahan ini sejak berlakunya rusuhan di Yaman," katanya pada sidang media.

Sehingga hari ini, seramai 154 rakyat Malaysia dibawa keluar dari Yaman.

Mereka berlepas dari Jeddah, Arab Saudi ke Kuala Lumpur pada Selasa.

"Sejak situasi di sana tidak berubah, kami menasihatkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa sudah tiba masanya untuk kita melakukan sesuatu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberi restu untuk melakukannya.

"Kami memperoleh semua kelulusan yang diperlukan, mendapatkan pengurusan logistik dan kelulusan udara yang diusahakan sejak minggu lalu.

"Kami menggesa rakyat (Malaysia) di Yaman untuk terus memberikan kerjasama penuh dan menyokong usaha bagi memastikan mereka selamat pulang ke tanah air," katanya.

Lebih 500 rakyat Malaysia sedang menunggu untuk dipindahkan dari Yaman.

"Keselamatan semua rakyat Malaysia pada ketika ini masih menjadi keutamaan kami," kata Zulkefli.

Tags / Kata Kunci: Hercules C-130 , ATM , Yaman

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan