Pembaharuan PLKS Dalam Talian Kurangkan Kesesakan Di Kaunter Imigresen

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 12:36 PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem penyeragaman pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing melalui dalam talian dapat mengurangkan 50 peratus kesesakan di kaunter imigresen, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata langkah itu nyata mencapai objektif kerajaan untuk  meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan kesesakan di pejabat imigresen.

"Bermula 1 Disember 2014 pihak kementerian telah setuju melaksanakan eksperimen atau 'proof of concept' (POC) bagi penyeragaman pembaharuan PLKS menerusi 'dalam talian' oleh MyEG adalah didapati bahawa kesesakan, masalah berbaris panjang di kaunter dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus sepanjang tempoh eksperimen tersebut". 

Selain itu sistem ini juga adalah untuk menangani isu penyelewengan dan persepsi negatif terhadap imigresen Malaysia," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini Rabu.

Beliau menjawab soalan Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) yang bertanya kenapa kerajaan masih memberi kontrak kepada MyEG untuk menguruskan permit pekerja asing walaupun telah terdapat Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) dan adakah kerajaan akan meneruskan perkhidmatan MyEG walaupun menerima banyak kritikan.

Wan Junaidi menjelaskan NERS dan MyEG merupakan dua sistem yang berbeza kerana NERS bertujuan merekodkan data biometrik warga asing yang terdiri daripada kategori pelawat, pemegang pas warga asing dan pemegang pas jangka panjang di semua pintu masuk darat, laut dan udara.

"Melalui NERS cap jari serta biodata setiap warga asing yang keluar dan masuk akan disimpan secara elektronik. Hasilnya kerajaan mempunyai profil setiap warga asing yang memasuki dan berada di dalam negara ini. 

Profil tersebut akan dimuatkan ke dalam pangkalan data yang boleh diguna pakai secara holistik oleh agensi-agensi dan imigresen Malaysia di mana rujukan silam sentiasa dapat dilakukan dengan pangkalan data agensi masing-masing bagi tujuan pelbagai," katanya.

Manakala MyEG merupakan penyeragaman pembaharuan PLKS untuk semua pekerja asing melalui dalam talian bagi membolehkan permit pembaharuan pekerja asing bagi semua sektor dibuat secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter, katanya. 


Tags / Kata Kunci: PLKS , MyEG , Wan Junaidi Tuanku Jaafar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan