GST: 49,403 Premis Diperiksa Sejak Tujuh Hari Lalu

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memeriksa 49,403 premis perniagaan dari 1 hingga 7 April lepas bagi memantau pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang diperkenalkan awal bulan ini.

Timbalan Menteri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata dalam 81 operasi bersepadu itu yang dijalankan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebanyak 320 notis dikeluarkan dan 119 kes dicatat.

"Kita menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan", katanya menjawab soalan Anyi Ngau (BN-Baram) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Anyi bertanya mengenai tindakan yang diambil kementerian bagi memantau premis perniagaan supaya tidak menaikkan harga barangan selepas pelaksanaan CBP.

Ahmad Bashah berkata dalam tempoh sama, sebanyak 2,893 aduan diterima melalui laman web kementerian, 4,343 di laman Facebook dan Twitter serta 2,631 aduan daripada talian 'hotline' 24 jam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sebanyak 335,647 premis diperiksa dalam Ops Catut dari 15 Januari hingga 4 Mac lepas.

Dalam pemeriksaan itu, sebanyak 1,185 kes direkodkan membabitkan rampasan bernilai RM384,834.62 dan kompaun sebanyak RM235,986.70.

"Ia melibatkan kesalahan tidak meletak tanda harga, kekeliruan harga serta penggunaan alat timbang yang tidak sah," katanya.

Tags / Kata Kunci: GST , KPDNKK

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan