KPDNKK Akan Keluarkan Garis Panduan Notis Caj Perkhidmatan

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 6:32 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan garis panduan sebagai rujukan kepada restoran dan hotel yang dibenarkan untuk memaparkan notis pemberitahuan premis itu mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, hanya restoran dan hotel yang mempunyai perjanjian bersama (CA) antara majikan dan kesatuan pekerja sahaja boleh mengenakan caj tersebut, seperti yang diarahkan berkuatkuasa Isnin lalu.

“Kita sudah beri peringatan kepada peniaga supaya membuat notis itu sendiri. Kita galakkan mereka (untuk buat notis) tetapi kita akan sediakan garis panduan nanti.

“Kita akan sediakan ‘template’ (pencontoh) dari segi saiz dan formatnya. Garis panduan itu masih sedang dalam proses untuk dimuktamadkan,” katanya pada sidang media di kementerian di sini, Rabu.

Ditanya adakah notis itu perlu mendapatkan pengesahan KPDNKK, Alias berkata, peniaga hanya diberikan hak untuk membuat pemberitahuan sekiranya mempunyai CA.

“Jika mereka (peniaga) ada CA, jadi mereka boleh buat (kenakan caj perkhidmatan). Manakala yang lain-lain, kita akan membuat operasi penguatkuasaan,” katanya sambil menambah bahawa tindakan akan dikenakan terhadap peniaga yang ingkar membabitkan caj perkhidmatan.

Berkuatkuasa pada Isnin lalu, semua restoran dan hotel tidak lagi dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya tidak mempunyai perjanjian bersama (CA) antara majikan dan kesatuan pekerja.

Tags / Kata Kunci: caj perkhidmatan , KPDNKK , Alias Ahmad

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan