Tujuh Hotel Dan Restoran Masih Kenakan Caj Perkhidmatan

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 3:50 PM

Datuk Seri Alias Ahmad

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak tujuh kes melibatkan caj perkhidmatan dikesan selepas arahan dikeluarkan pada Isnin lalu supaya semua restoran dan hotel tidak mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya tidak mempunyai perjanjian bersama (CA) antara majikan dan kesatuan pekerja.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, para pegawai penguatkuasa membuat sebanyak 135 pemeriksaan pada Selasa meliputi 98 restoran dan 37 hotel.

"Daripada pemeriksaan ini, disyaki terdapat tujuh kes dan notis telah dikeluarkan kepada pengusahanya. Kita akan siasat.

"Peniaga ini mempunyai tiga hari untuk menjawab notis yang dikeluarkan KPDNKK. Tindakan kita selepas tiga hari itu adalah meneruskan siasatan di bawah akta berkaitan," katanya pada sidang media di kementerian di sini, Rabu.

Tiga akta itu adalah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna.

Berkuatkuasa pada Isnin lalu, semua restoran dan hotel tidak lagi dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya tidak mempunyai perjanjian bersama (CA) antara majikan dan kesatuan pekerja.

Ditanya mengenai pecahan premis bagi tujuh kes tersebut, Alias hanya berkata, ia melibatkan tiga akta berkenaan.

Alias sekali lagi menegaskan bahawa hanya restoran dan hotel yang mempunyai CA tersebut sahaja boleh mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan.

Mengenai CA, beliau memberitahu, adalah satu keperluan dari segi asas atau prinsip untuk mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan.

"Jika mereka tak patuhi (syarat) ini maka kita tak akan terima. Ini kerana caj perkhidmatan menggantikan tip yang diberikan kepada pekerja, bukan masuk dalam poket majikan. Ini adalah satu kesalahan.

"Sementara kerajaan mengeluarkan polisi baharu mengenai hal ini dengan mengkaji undang-undang sedia ada atau membuat peraturan baharu, inilah keputusannya yang kita buat," katanya.

Beliau menambah, pelanggan berhak untuk membuat aduan dan laporan sekiranya tiada notis pemberitahuan dipamerkan di premis tetapi peniaga mengenakan caj perkhidmatan.

Tags / Kata Kunci: Caj Perkhidmatan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan