Azmi Sharom Selar Ahli Parlimen PR Ponteng

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Azmi Sharom menyelar lebih 20 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang tidak hadir pada pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Jenayah (POTA) 2015 di Dewan Rakyat pada awal pagi Selasa.

"Kamu tahu di mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ketika itu. Kamu tahu?

"Kamu sepatutnya di sana," kata Azmi pada forum Moderate Malaysia, Selasa.

Menurutnya, Ahli Parlimen PR sepatutnya mampu menyekat RUU tersebut jika kesemua mereka berada di Dewan Rakyat.

"Mari kita semua memberikan satu tepukan gemuruh kepada Ahli Parlimen PR yang tuhan sahaja tahu di mana mereka berada ketika mereka telah diundi untuk menentang Pota.

"Terima kasih banyak PAS, DAP dan PKR," sindirnya.

Azmi pada masa sama turut mengkritik Pota dengan mendakwa ia sebagai pengganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Pota menggunakan hujah yang sama seperti ISA, hanya untuk pengganas. Perkara itu turut disebut pada ISA," jelasnya.

Pota diluluskan pada pukul 2.25 pagi Selasa dengan seramai 79 Ahli Parlimen BN menyokong manakala 60 Ahli Parlimen pembangkang menolak.

Tags / Kata Kunci: Azmi Sharom , Ahli Parlimen

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan