KPDNKK Cadang Keluar Sijil Khas Caj Servis Untuk Restoran, Hotel

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bercadang mengeluarkan pensijilan khas untuk restoran dan hotel yang boleh mengenakan caj terhadap perkhidmatan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata sijil berkenaan adalah langkah sementara bagi memastikan penyelesaian jangka panjang dapat diambil setelah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April lepas.

Menurutnya, tindakan itu dibuat berikutan wujudnya kekeliruan dalam kalangan pengguna yang tidak berpuas hati apabila terpaksa membayar caj servis termasuk caj GST.

"Apabila kita mengeluarkan sijil khas ini, ia bermakna pengguna sedar mereka perlu membayar caj servis tersebut selain GST dan pengusaha mesti pamerkan sijil itu di premis mereka," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Sehubungan itu katanya, pengusaha restoran dan hotel perlu memaklumkan kepada KPDNKK untuk mendapat pensijilan khas tersebut seterusnya mengenakan caj servis berkenaan.

Hasan berkata, pihaknya juga mengkaji prosedur pelaksanaan caj servis di negara ini berikutan tiada undang-undang khusus mengawalnya dan berpendapat akta baharu perlu diwujudkan bagi menjaga kepentingan pengguna dan pengusaha pada masa depan.

Selain itu katanya, paparan sijil berkenaan juga dapat memudahkan pengguna membuat pilihan sama ada mahu mengunjungi restoran atau hotel yang mengenakan caj servis.

Terdahulu, Hasan melancarkan Kad Anggota Koperasi Sahabat Ikhtiar Debit-i Mastercard hasil usahasama Bank Rakyat dan Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia.

Turut hadir Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat Datuk Mustafha Abdul Razak serta Pengerusi Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Datuk Dr A. Manaf Hussin.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan menjangkakan sebanyak 10,000 kad debit-i akan dikeluarkan sehingga penghujung tahun ini dan ia merupakan kerjasama strategik dalam meneroka pasaran baharu melalui koperasi berkenaan.

Kad debit-i berkenaan juga berupaya menjadi medium pembayaran dividen atas caruman syer modal anggota koperasi selain kemudahan membeli-belah tanpa tunai.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: KPDNKK , caj servis , GST

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan