Sasar 650,000 Pelajar Teknikal, Vokasional Menjelang 2025 - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 4:19 PM

Pelajar pelbagai peringkat meneliti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menyasarkan peningkatan keseluruhan 650,000 pelajar dalam program Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjelang 2025.

Sasaran itu selari dengan lonjakan mempertingkatkan graduan TVET berkualiti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPPM-PT) yang dilancarkan, Selasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lonjakan itu akan dipertingkat dengan mengembangkan kurikulum berkualiti TVET yang diterajui industri berserta model kerjasama baharu antara kementerian dengan agensi penyedia TVET serta agensi-agensi lain.

"Kita sasarkan 2.5 kali ganda peningkatan keseluruhan 'enrolmen' TVET kepada 650,000 di mana 300,000 daripadanya didaftarkan dalam program di bawah Kementerian Pendidikan," katanya yang juga Menteri Pendidikan pada majlis pelancaran pelan berkenaan yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu menerusi lonjakan kemampaman kewangan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditingkatkan melalui penambahbaikan formula bayaran balik pinjaman itu kepada bentuk pinjaman luar jangka.

"Ini bermakna graduan perlu membayar balik pinjaman apabila mereka memperoleh pendapatan pada tahap tertentu, selain sumber kewangan akan dipelbagaikan dengan mewujudkan Tabung 'Endowment' dan Waqaf di institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya.

Muhyiddin berkata, dari segi tadbir urus IPT pula, kementerian akan beralih daripada menjadi pengawal tegas kepada pengawal selia dan pembuat dasar.

IPT juga katanya, akan terus diberikan autonomi berdasarkan tahap kesediaan yang diimbangi dengan akuantabiliti melalui kontrak prestasi lima tahun bagi semua IPT awam.

Antara lonjakan lain PPPM-PT ialah Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang; Kecemerlangan Bakat; Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat; Ekosistem Inovasi, Keunggulan Global; Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global; Pemerkasaan Tadbir Urus; dan Transformasi Penyampaian Pendidikan Tinggi.

Kesemua lonjakan itu akan menyokong lima aspirasi sistem yang memberi tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan.

Dalam usaha memastikan visi dan hala tuju pelan itu tercapai, Muhyiddin turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Putrajaya yang akan diterajui beliau sendiri.

Selain itu Program Transformasi Universiti yang berdasarkan Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan juga akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Kejayaan pelan itu bergantung kepada komitmen semua untuk melaksanakannya.

Selepas ini, beberapa siri 'engagment' bersama pihak-pihak berkepentingan terutamanya kumpulan pelaksana akan terus dirancakkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: TVET , vokasional , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan