Kehilangan Azlin Amat Dirasai Rakan Sejawat Di Pejabat Perdana Menteri

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 8:35 AM

Khairun Aseh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kehilangan Datuk Azlin Alias bukan sahaja amat dirasai ahli keluarganya tetapi rakan sejawatnya di Jabatan Perdana Menteri seolah-olah sukar percaya beliau tidak lagi bersama mereka.

Salah seorang rakannya, Datuk Khairun Aseh berkata, beliau amat terkesan dengan berita kematian Azlin.

"Kami amat rapat. Kami sepatutnya bertemu pada pukul 3 petang Ahad untuk minum kopi. Apabila saya dimaklumkan pada Sabtu mengenai insiden itu, saya sukar untuk percaya. Saya menghubungi telefon bimbitnya dengan segera tetapi panggilan tidak dijawab.

"Sebaliknya, saya menerima pengesahan kemalangan ngeri itu," kata Khairun yang juga setiausaha politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Azlin mempunyai sifat keperibadian yang baik untuk dikongsi kepada orang ramai tetapi mengakui sukar untuk bercakap mengenainya.

"Apabila saya menulis mesej ini air mata saya tidak berhenti mengalir. Saya tidak boleh bercakap mengenainya. Kata-kata tidak cukup untuk menggambarkan bagaimana sedihnya saya. Ingatan dan doa saya bersama keluarga mereka," kata Khairun menerusi WhatsApp.

Pengarah Media, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad menyifatkan Azlin sebagai seorang yang teliti terutama apabila menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

"Secara peribadi, saya sedih dan pemergiannya amat dirasai tetapi saya pasti Perdana Menteri lebih terkesan dengan kehilangan Azlin kerana beliau sering berurusan dengannya," kata Tengku Sarifuddin.

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail berkata beliau boleh menulis buku mengenai kehebatan Azlin dan pada masa memberitahu amat terkejut dengan kematian seorang rakan baiknya.

"Azlin seorang yang baik hati, suka merendah diri dan murah hati. Beliau juga seorang yang mudah didekati dan lebih gemar dipanggil sebagai 'bro' berbanding sebarang gelaran formal," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan