Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) Dilancar

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 7:00 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meneliti intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sambil diperhatikan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)(PPPM-PT) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mempunyai 10 lonjakan dalam usaha untuk terus memperkasa sektor pendidikan tinggi negara.

Lonjakan itu melibatkan aspek Graduan Holistik Berciri Keusahawanan dan Seimbang; Kecemerlangan Bakat; Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat; Graduan Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); Kemampanan Kewangan; Pemantapan Tadbir Urus; Ekosistem Inovasi; Keunggulan Global; Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global; dan Transformasi Pendidikan Tinggi.

Kesemua lonjakan itu akan menyokong lima aspirasi sistem yang memberi tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Sepanjang tempoh penggubalan pelan itu, rundingan dengan 100 kumpulan pemegang taruh melibatkan lebih 10,500 peserta telah dilaksanakan.

Pelan itu juga akan menyaksikan universiti awam dibenarkan membangun dan melaksanakan skim pelbagai trek melalui proses penurunan kuasa untuk hal-hal sumber manusia.

Laluan kerjaya bagi penyelidik, pendidik, pemimpin dan pengamal profesional akan dibangunkan dengan penglibatan beberapa tokoh korporat dan pengamal profesional.

Hasrat untuk melahirkan Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang pula akan direalisasikan antaranya menerusi langkah memperkenalkan pengintegrasian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA).

Di peringkat kementerian, pelan berkenaan akan diterjemahkan dalam bentuk 100 inisiatif yang dilaksanakan dalam tiga gelombang, yang pertama antara 2013 dan 2015, Gelombang Kedua (2016-2020) dan Gelombang Ketiga (2021-2025).-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan