Cadang Perkhidmatan Kecemasan JPAM Dicepatkan Kepada 8 Minit

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 9:41 PM

JPAM meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun Kali ke-63 di Putrajaya, Selasa. Kelihatan anggota JPAM mengiringi Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Keselamatan memeriksa perbarisan mewakili Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu perkhidmatan kecemasan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dipercepatkan kepada lapan minit daripada 15 minit, mulai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Beliau berkata, usaha itu merupakan Bidang Fokus Utama dalam Teras Strategik di bawah RMK-11 (2016-2020) untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kecemasan kepada mangsa.

"JPAM sebagai sebuah agensi perkhidmatan kecemasan negara, kini tiba kepada mangsa dalam masa 15 minit dalam jarak 10 kilometer. 

"Untuk meningkatkan perkhidmatan kecemasan, JPAM dicabar untuk memastikan tempoh masa tindak balas bantuan kecemasan dapat dikurangkan kepada lapan minit," katanya pada majlis sambutan peringkat kebangsaan Hari Ulang Tahun ke-63 Pertahanan Awam 2015 di sini, Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman. Hadir sama ialah Ketua Pengarah JPAM, Datuk Zaitun Abdul Samad.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pindaan Rang Undang-Undang Pertahanan Awam 1951 untuk menambah baik peranan JPAM dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat Jun ini. 

Beliau berkata, pindaan itu memasukkan elemen-elemen penambahbaikan dan penjelasan fungsi JPAM yang selaras dengan agensi pertahanan awam di negara lain.

"Rang undang-undang ini bermatlamat mengembali dan memperkasakan peranan JPAM berlandaskan nas perundangan serta meletakkan kembali JPAM sebagai barisan ketiga pertahanan dan keselamatan negara, seperti dinyatakan dalam Perlembangaan Persekutuan selepas Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga telah meluluskan penubuhan Unit Ambulans Udara JPAM secara perjanjian sewa beli dengan syarikat terpilih dengan kos RM24 juta setahun untuk selama lapan tahun bagi menyediakan perkhidmatan ambulans udara kepada pesakit atau mangsa yang kritikal.

Beliau juga mengesyorkan kerajaan mempertimbangkan penambahan peruntukan sebanyak RM20 juta setahun kepada JPAM bagi mendidik orang ramai kemahiran pertahanan awam melalui program Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Kecemasan (LKAMK).

Beliau berkata, usaha itu  akan memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus rakyat Malaysia diberi pendedahan menghadapi kecemasan menjelang 2020.

Selain itu, beliau juga mencadangkan Sistem Amaran Awam dibangunkan secara berperingkat di lokasi strategik dan berisiko seluruh negara.

Tags / Kata Kunci: JPAM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan