Dr M Enggan Letak Jawatan Semasa Jadi PM - Ongkili

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 1:37 PM

Dr Maximus Ongkili.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) Sabah membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baharu-baharu ini.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Dr Mahathir amat dihormati kerana sumbangannya kepada negara tetapi bekas perdana menteri itu perlu mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum mendesak Najib untuk meletak jawatan.

"Mungkin Mahathir telah lupa... semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau turut diminta untuk letak jawatan beberapa kali tetapi dia berkeras," kata Dr Maximus selepas merasmikan majlis penutupan mesyuarat agung tahunan PBS Mukim Ulu Bengkoka di Kota Marudu pada Isnin.

Beliau berkata PBS antara yang pernah meminta Dr Mahathir untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri kira-kira 20 tahun lalu kerana parti itu menyalahkan beliau yang didakwa membenarkan pendatang haram untuk mendapatkan kerakyatan di Sabah.

"Beliau mengabaikan desakan kami. Hari ini beliau mengakui wujud Projek IC dan tiada apa yang salah dalam memberikan kerakyatan kepada pendatang semata-mata kerana mereka berada di Sabah untuk tempoh yang lama dan mempunyai saudara mara di sini.

"Oleh itu, Projek IC wujud untuk memberikan kerakyatan kepada golongan ini, mengabaikan peraturan dan undang-undang mengenai kewarganegaraan dan kelayakan," kata Dr Maximus.

Beliau berkata PBS sentiasa menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pengkhianatan.

"Kami kecewa dengan kenyataan seperti itu tetapi ia membuktikan dakwaan PBS terhadap Mahathir adalah benar selama ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan