MCA Ulang Pendirian Tolak Hudud

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA mengulangi pendirian parti itu untuk menolak sebarang usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Sehubungan itu Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai sekali lagi menyalahkan DAP kerana gagal menghalang PAS daripada membentangkan pindaan itu di Dewan Rakyat.

"MCA dengan lantang dan jelas tidak bersetuju dengan cadangan ini. Kita ingin mengingatkan DAP bahawa mereka telahpun berjanji dengan orang ramai untuk menghalng PAS daripada melaksanakan hudud.

"Namun tindakan Abdul Hadi menunjukkan DAP gagal menghalang PAS untuk membentangkan akta hudud di Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai rang undang-undang persendirian berhubung pindaan Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi yang tersenarai dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat pada Selasa.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS mengemukakan notis di Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu untuk membentangkan rang undang-undang persendirian pindaan Akta 355 bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Mengulas lanjut Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata, beliau akan memastikan tujuh Ahli Parlimen MCA untuk turut menolak cadangan pindaan itu.

Sebelum ini beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MIC dan wakil rakyat parti itu dari Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan.

Malah wakil rakyat daripada Umno yang mewakili jumlah terbesar komponen BN sendiri melahirkan pandangan yang pelbagai berhubung hudud.

Tags / Kata Kunci: MCA , Hudud , PAS

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan