Lim Kit Siang Terkejut, Dakwa PAS Belakangkan PR - Berita Semasa | mStar

Lim Kit Siang Terkejut, Dakwa PAS Belakangkan PR

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 12:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa terkejut dengan ‘kejayaan’ PAS menyenaraikan usul persendirian berhubung undang-undang hudud di Parlimen.

Kecewa dengan tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung usul berkenaan, Lim mendakwa Presiden PAS itu mungkir janji dan bertindak membelakangkan pakatan pembangkang.

"Saya pasti ini adalah kali pertama DAP dan juga ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain melihat ini (cadangan pindaan).

"Tindakan ini adalah pelanggaran janji Hadi dan saya sangat terkejut perkara ini berlaku.

"Janji yang dibuat beliau di dalam mesyuarat pakatan sebelum ini sudah dimungkiri dengan rang undang-undang persendirian ini," katanya ketika sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang tersenarai dalam urusan aturan persidangan.

Berdasarkan senarai aturan mesyuarat dan usul-usul persidangan pada Selasa, cadangan pindaan Akta 355 yang diusulkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berada pada senarai ke-24 iaitu terakhir.

Abdul Hadi mengemukakan notis di Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu untuk membentangkan rang undang-undang persendirian pindaan Akta 355 bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Permohonan tersebut dibuat sehari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Kod Enakmen Syariah Negeri Kelantan II (1993) 2015.

Tags / Kata Kunci: DAP , Hudud , PAS
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan