Peralat Agama Untuk Kebencian Boleh Didakwa Mengikut Akta Hasutan

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 2:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbuatan memperalatkan agama bagi tujuan menimbulkan kebencian terhadap individu atau kumpulan tertentu boleh didakwa mengikut Akta Hasutan.

Berdasarkan kandungan pindaan akta kontroversi itu, perenggan baharu (ea) dalam subseksyen 3(1) Akta 15 dengan jelas menyebut bahawa mana-mana pihak yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara pihak tertentu atas alasan agama dianggap sebagai satu kesalahan.

"Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melindungi kesucian agama yang dianuti oleh masyarakat berbilang agama di Malaysia.

"Perbuatan menghina dan mempermain-mainkan mana-mana agama boleh menyebabkan ketidakharmonian dan mengancam ketenteraman awam," menurut kandungan akta itu.

Bagaimanapun akta itu tidak akan terpakai kepada mana-mana ajaran sesat.

Kerajaan pada Selasa membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Hasutan 1948 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika membentang RUU itu berkata, bacaan kali kedua dan tiga bagi akta berkenaan akan dibuat di Dewan Rakyat pada persidangan kali ini.

Tags / Kata Kunci: Akta Hasutan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan