Usaha Bawa Pulang Pelajar Malaysia Diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 1:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha membawa pulang baki pelajar Malaysia di Yaman akan dilakukan dari semasa ke semasa sehingga kesemua rakyat negara ini selamat pulang ke tanah air, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Katanya keselamatan rakyat Malaysia di Yaman sentiasa diutamakan berikutan pergolakan yang sedang berlaku di negara itu.

"Kumpulan pertama pelajar yang dibawa ke Jeddah dijangka tiba ke tanah air pagi ini. Kumpulan kedua pula akan kita rancang bawa keluar dengan selamat untuk kembali ke tanah air.

"Proses evakuasi pelajar akan dilaksana dengan lancar dari semasa ke semasa," kata anggota Parlimen Larut itu.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang ingin tahu situasi sebenar rakyat Malaysia di Yaman beserta tindakan susulan kementerian dalam memastikan keselamatan mereka terjamin.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa kesemua mereka akan berlepas dari Jeddah menaiki beberapa syarikat penerbangan dan dijangka tiba hari ini pada waktu berbeza.

Seramai 108 rakyat Malaysia dari Sana'a dan 44 dari Hudaidah telah dipindahkan melalui laluan darat ke Arab Saudi manakala bagi fasa kedua pula, ia melibatkan usaha membawa pulang rakyat Malaysia di Aden dan wilayah Hadramaut.

Kepada soalan asal Wong Sze Phin (DAP-Kota Kinabalu), Hamzah berkata peranan Malaysia sebagai anggota majlis tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) adalah penting untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai negara.

Katanya, Malaysia akan sentiasa memastikan pengalaman yang diperoleh dapat dikongsi bersama di peringkat serantau.

Wong ingin tahu mengenai rancangan kerajaan dari segi kerjasama rantau Asia Tenggara dan antarabangsa sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan UN bagi mengatasi masalah keselamatan yang dihadapi di pantai timur Sabah.

Tambah Hamzah, pada peringkat serantau, negara-negara anggota Asean sentiasa meningkatkan kerjasama dalam menangani pelbagai isu keselamatan yang dihadapi di rantau ini termasuk pertukaran maklumat dan pengalaman antara agensi kerajaan seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Tags / Kata Kunci: Yemen , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan