Air: Azmin Diselar Kerana Pertahan Tanah Bukan Milik Sah Kerajaan Selangor

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menyelar Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali kerana  bertindak mempertahankan tanah Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Semenyih sebagai milik kerajaan negeri.

Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, tindakan menteri besar itu akan menyebabkan perjanjian utama penstrukturan semula industri air tertangguh dan gagal dimuktamadkan.

"Kerajaan negeri tidak sepatutnya menyenaraikan aset milik Kerajaan Persekutuan sebagai aset kerajaan negeri.

"Tindakan itu hanya akan menyebabkan perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana bertentangan dengan Kanun Tanah Negara," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, Selasa.

Beliau berkata, status tanah LRA Bukit Nanas dan Semenyih sehingga kini tidak dapat diputuskan kerana perjanjian utama penstrukturan semula industri air masih di peringkat rundingan.

"Walaupun kedua-dua aset tersebut disenaraikan dalam perjanjian (air), tetapi ia masih di peringkat proses rundingan...ini kerana perjanjian air itu belum pun dikuatkuasakan," katanya.

Kerajaan Selangor mendakwa tanah LRA Bukit Nanas dan LRA Semenyih merupakan milik kerajaan negeri seperti mana yang disenaraikan dalam perjanjian utama penstrukturan semula industri air yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan pada 12 September lepas.

Mohamed Azmin berkata penyenaraian aset tanah itu dibuat bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mohamed Azmin berkata, isu tanah tersebut punca pihaknya membatalkan rundingan penstrukturan yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan sebelum bersetuju untuk berunding semula pada 23 Mac lepas.

Tags / Kata Kunci: Adun , Azmin Ali , air , Selangor , Shamsudin Lias

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan