CEO AirAsia Gesa Tubuh Pihak Berkuasa Kawal Selia Penerbangan Asean

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 5:27 PM

Tony Fernandes

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menggesa negara-negara Asean bersatu dan membentuk pihak berkuasa kawal selia untuk memastikan keselamatan penerbangan awam.

"Ia merupakan peluang baik bagi rantau ini untuk bersatu dan mewujudkan sesuatu seperti Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) dan mempunyai pihak berkuasa kawal selia yang kukuh," katanya kepada pemberita pada pembukaan rasmi  Wisma Tune di sini, Isnin.

Beliau berkata, penubuhan pihak berkuasa sedemikian penting, terutamanya apabila 10 negara tersebut sukar mendapatkan kemahiran dan bajet yang diperlukan.

Antara tanggungjawab EASA adalah termasuk melaksanakan analisis dan penyelidikan keselamatan serta kelulusan kepada organisasi yang terlibat dalam reka bentuk, pengeluaran dan penyelenggaraan produk aeronautik.

Beliau berkata, demikian ketika menjawab soalan berhubung larangan yang dikenakan ke atas syarikat penerbangan yang berdaftar di Thailand oleh Jepun, Korea Selatan dan China kerana kebimbangan aspek keselamatan yang ditekankan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

Katanya, larangan tersebut tidak akan memberi sebarang impak kepada Thai AirAsia berikutan laluannya adalah terhad kepada destinasi dalam lingkungan empat jam.

Mengenai kemungkinan tawaran awam permulaan, Fernandes berkata Tune Talk Sdn Bhd dan Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd akan menjadi calon seterusnya, bagaimanapun tiada tempoh masa ditetapkan untuk langkah itu dilaksanakan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: AirAsia , Asean , Tony Fernandes , EASA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan