Tiada Panggilan Kecemasan Daripada Helikopter - Tiong Lai

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 12:20 AM

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Helikopter yang terhempas di Semenyih pada Sabtu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan, dan ia mematuhui laluan penerbangan yang diluluskan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Kawalan Trafik Udara (ATC) tidak merekod sebarang perbualandengan juruterbang helikopter itu dan ia adalah normal.

"Adalah normal (helikopter) untuk terbang selepas mendapat kebenaran kecuali ia memerlukan keperluan (untuk menghubungi ATC)," katanya pada sidang mediadi sini, Ahad selepas kotak hitam helikopter malang itu diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan.

"Kami juga memeriksa sama ada terdapat panggilan "Mayday" atau panggilan kecemasan tetapi kami tidak menemui sebarang panggilan," kata beliau.

Menurutnya laluan penerbangan yang diluluskan bagi helikopter itu meliputi kawasan terbentang luas - Kuantan, Pekan, Muadzam Shah, Bandar Tun Razak, KualaKlawang, The Mines, Petaling Jaya dan berakhir di Subang.

Liow berkata juruterbang helikopter Dauphin AS3655N2 (9M-1GB) itu, Clifford William Fournier Jr., mempunyai lesen sah bagi pemanduan pesawat jenis itu sejak2012.

"Beliau telah menerbangkan pesawat sejak 2002 dengan hampir 13 tahun pengalaman terbang," katanya. 

Liow berkata helikopter itu mempunyai perakuan layak terbang di bawah kategori Persendirian, yang kali terakhir diperbaharui pada 13 Februari tahun ini dansah sehingga 8 Februari tahun depan.

Dikeluarkan oleh Airbus Helicopter, dan dahulunya dikenali sebagai Eurocopter France, pesawat itu dikeluarkan pada 1990 dan jangka hayatnya berusia 25 tahunsetakat April tahun ini, katanya.

Penyenggaraan pesawat dijalankan oleh Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd dan pemeriksaan terakhir dibuat pada 29 Jan tahun ini manakala ujian penerbangan dijalankan pada 9 Februari.

"Pesawat ini disahkan mempunyai tahap keselamatan yang diluluskan," kata beliau.

Liow berkata Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan pasukan penyiasat yang diketuai Datuk Yahya Abdul Rahman, seorang penyiasat dengan lebih 20 tahunpengalaman dalam siasatan kemalangan helikopter.

Pasukan itu mengandungi empat anggota manakala wakil yang bertauliah dari Perancis juga akan dijemput memandangkan negara itu mereka bentuk dan mengeluarpesawat dan enjin, katanya.

Liow berkata kotak hitam pesawat malang itu yang dibawa keluar dari lokasi nahas hari ini, akan dihantar ke Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) diFarnborough, United Kingdom untuk analisis secara terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi.

"Kami memerlukan masa untuk mengeluarkan data (kotak hitam) dan juga masa untuk menganalisis data," katanya, sambil menambah ia mungkin mengambil masakira-kira tiga hari untuk mengeluarkan data dan seminggu lagi untuk menganalisisnya.

"Kami komited untuk mencari punca nahas itu," kata beliau.

Helikopter itu, yang membawa enam orang, terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih, Selangor, pada 4.55 petang.

Mereka yang terkorban ialah Anggota Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua SetiausahaSulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, pembantu operasi Fournier Aidana Baizieva, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin,Razakan B Seran.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata Baizieva bukan pembantu juruterbang helikopter keranahelikopter itu tidak memerlukan pembantu. 

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan