Rosmah Terima Anugerah Citra Dewangga

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 10:58 PM

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) menerima pengiktirafan Anugerah Citra Dewangga yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng di majlis Malam Citra Dewangga sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor malam ini menerima Anugerah Citra Dewangga daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Anugerah yang julung kali diadakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Kraftangan Malaysia, disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ong Hong Peng, yang mewakili menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk Mohd Kamil Mohd Ali berkata pengiktirafan ini bertujuan memberi penghormatan kepada individu yang menyumbang jasa bagi menggalakkan perkembangan industri kraf tempatan, khususnya kraf tekstil di peringkat domestik dan antarabangsa.

"Anugerah ini dicipta khusus untuk seseorang individu yang telah memartabatkan seni kraf tempatan khususnya kraf tekstil yang menjadi seni karya kebangsaan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Citra Dewangga sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 di sini, Isnin.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata nilai pendapatan industri kraf mencatat RM1.36 bilion dari 2011 hingga 2014.

"Nilai ini membuktikan bahawa industri kraf mampu menjana pendapatan keluarga dan negara.

"Bermula dengan industri kecil-kecilan yang diusahakan di luar bandar, hari ini industri kraf gah berdiri setanding dengan industri pembuatan lainnya," katanya.

Dalam majlis itu juga, Anugerah Tukang Ulung juga turut disampaikan kepada 12 pemenang yang mencapai kecemerlangan dalam bidang pembuatan kraf.

Setiap penerima diberi plak penghargaan berserta wang tunai bernilai RM10,000.

Hari Kraf Kebangsaan kali ke-13 yang bermula pada 26 Mac hingga 7 April, disertai 638 usahawan kraf dalam penjualan produk kraf tempatan dan perkhidmatan perkahwinan. -- Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan