Kerajaan Kedah Pastikan Projek PR1MA Siap Ikut Jadual - Exco

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 5:02 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan memastikan Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Sungai Petani yang diusahakan mendiang Datuk Tan Huat Seang, siap mengikut jadual.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, mendiang Huat Seang begitu komited untuk memastikan 1,349 unit rumah PR1MA yang dibina syarikat pemaju perumahan SP Baiduri Sdn Bhd di Sungai Petani disiapkan mengikut jadual.

Mendiang Datuk Tan Huat Seang merupakan pemilik syarikat berkenaan dan merupakan seorang daripada enam mangsa nahas helikopter terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Sabtu lepas.

"Walaupun dengan ketiadaan mendiang Tan, kita akan pastikan projek perumahan itu diteruskan dan siap mengikut jadual. Sebanyak 1,349 unit rumah PR1MA bagi fasa pertama akan dibina di Sidam Kiri, Sungai Petani dan dijangkakan sebanyak 500 unit akan disiapkan tahun ini.

"Mendiang yang komited dengan kerjanya telah banyak memberi nasihat berkaitan isu perumahan dan bersungguh untuk membantu kerajaan negeri menyiapkan rumah mampu milik demi rakyat Kedah," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Huat Seang di rumahnya di Taman Golf, Isnin.

Badrol Hisham berkata, kerajaan negeri kehilangan tokoh besar yang banyak membantu menyediakan rumah mampu milik kos rendah kepada rakyat Kedah.

"Mendiang bekerja keras bagi membantu masyarakat. Jadi diharapkan sumbangan yang diberikan oleh mendiang akan dikenang bersama-sama sikap mendiang yang gigih, rajin dang sedang bergaul," katanya.

Nahas helikopter AS365N2 Dauphin di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang Sabtu, mengorbankan kesemua enam orang di dalamnya termasuk Pengerusi PR1MA, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kpt Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva dan Pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan