Anwar Ibrahim Melawat Jenazah Bapa Selepas Permohonan Diluluskan

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Penjara membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pengebumian bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang meninggal dunia pada Ahad lalu selepas permohonan untuk berbuat demikian diluluskan.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata, permohonan tersebut dibuat oleh peguam ketua pembangkang itu bagi menghadiri pengebumian bapanya pada 5 April.

"Setelah mempertimbangkan permohonan yang diterima Komisioner Jeneral Penjara (Ketua Pengarah Jabatan Penjara) telah meluluskan permohonan tersebut menggunakan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 31 Akta Penjara 1995.

"Kemudahan ini juga dipraktikkan untuk diberikan kepada banduan-banduan lain yang memohon iaitu setelah mempertimbangkan pelbagai aspek berkaitan dengannya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Supri berkata, penjelasan itu diharapkan dapat menjelaskan prosedur sebenar dalam pengurusan banduan serta dapat menghindarkan berita yang tidak tepat atau tuduhan oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

Anwar ketika ini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir beliau terhadap keputusan mahkamah yang mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan hampir tujuh tahun lepas.

Allahyarham Ibrahim, merupakan anggota Parlimen Seberang Perai Tengah dari tahun 1959 hingga 1969. Beliau juga pernah memegang jawatan Setiausaha Parlimen.

Jenazah Allahyarham Ibrahim dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal di Kajang pada petang Ahad.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan