Permohonan Jalankan Aktiviti Pertanian Di Kawasan Kosong Dipertimbang

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 9:22 PM

Ismail Sabri dan Badruddin menunjukkan buah-buahan tempatan ketika mengadakan lawatan ke tempat jualan selepas merasmikan Karnival Iat Karavan Tani di Berjaya Times Square, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedia menimbang permohonan penduduk yang mahu menjalankan aktiviti pertanian di kawasan tanah kosong di bandar raya ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata pihaknya sentiasa menggalakkan aktiviti pertanian dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar ke arah menjimatkan perbelanjaan dan sebagai punca pendapatan.

"Saya percaya kalau penduduk Kuala Lumpur (KL) ada inisiatif untuk lihat kawasan tanah kosong (untuk pertanian) dan mereka memohon, kita di kementerian akan beri surat sokongan untuk kelulusan dan sebagainya.

"Selepas itu, bolehlah kita bantu mereka dari segi pemberian benih dan anak pokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival Karavan Tani di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, Isnin.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Mengenai karnival itu, Ismail berkata pihaknya berharap ia dapat diadakan di lebih banyak pusat beli-belah bagi memberi peluang kepada peniaga menjalankan perniagaan mereka di kawasan tumpuan orang ramai.

"Kita juga telah berbincang dengan datuk bandar untuk membenarkan tapak tapak kosong di KL bagi menjalankan aktiviti karnival ini," katanya.

Karnival itu dianjurkan bertujuan mempromosikan program Karavan Tani di pusat perniagaan sebagai konsep baharu perkhidmatan pemasaran secara bergerak kepada pengguna dengan produk dijual siap dibungkus, kemas dan bersih dengan harga berpatutan.

Ia juga secara langsung dapat mengangkat dan menaik taraf usahawan tani dari hanya berniaga di pasar tani ke tahap atau imej yang lebih tinggi. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri Yaacob , Fama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan