Maidam Lupus 2,150 Kg Abu Al-Quran

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 5:10 PM

Proses pelupusan abu al-Quran di Laut Cina Selatan yang dikendalikan Maidam.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melupuskan kira-kira 2,150 kilogram abu al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi teks ayat-ayat suci di Laut China Selatan, Isnin.

Acara pelupusan yang dijalankan di tengah laut dilakukan pada pukul 10.30 pagi dan berakhir hampir sejam kemudian di perairan Kuala Terengganu yang terletak kira-kira 11 batu nautika dari pantai.

Ia mendapat kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur (cawangan Terengganu) yang menyediakan bot bagi tujuan pelupusan tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu Datuk Omar Musa berkata program pelupusan itu adalah kali keempat dilakukan sejak kali pertama dilaksanakan pada 2012 dan merupakan pendekatan terbaik sebagaimana yang dipersetujui Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan untuk menjaga kesucian al-Quran yang dilupuskan.

Beliau berkata, terdapat peningkatan pada pelupusan abu al-Quran dilakukan pada tahun ini berikutan berlaku banjir menenggelamkan masjid, surau dan rumah persendirian di beberapa daerah di negeri ini pada hujung tahun lepas.

"Kami telah mengumpul lebih 15 tan naskhah ayat suci untuk dilupuskan menjadi abu al-Quran seberat 2,150kg manakala tambahan 500kg lagi abu adalah daripada Percetakan Yayasan Islam Terengganu yang turut menghantar abu al-Quran dilupuskan sendiri oleh syarikat itu," katanya selepas mengetuai rombongan pelupusan yang turut disertai media.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Mohd Salleh Mat Jusoh.

Katanya, pelupusan itu dikendalikan bahagian penyelidikan Maidam iaitu agensi kerajaan negeri yang pertama di negara ini membina relau khas untuk pelupusan al-Quran yang dicipta oleh petugas bahagian penyelidikan Maidam pada 2011.

Proses bermula dengan pengumpulan al-Quran yang telah rosak dan salah cetak sehinggalah kepada proses membakar serta membuangnya ke laut.

Setakat ini, jumlah keseluruhan sepanjang empat tahun bagi Maidam melupuskan abu al-Quran adalah 4,950kg abu dengan 200kg abu pada 2012, 800kg abu (2013) dan 1,800kg abu pada tahun lepas.

Sebagai rekod, 100kg al-Quran boleh menghasilkan abu kira-kira 14kg.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Maidam , al-Quran , Laut Cina Selatan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan