Liow Gesa Henti Spekulasi Punca Nahas Helikopter - Berita Semasa | mStar

Liow Gesa Henti Spekulasi Punca Nahas Helikopter

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 4:33 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa orang ramai supaya menghentikan spekulasi mengenai punca nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Helikopter itu membawa bekas menteri dan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, serta lima yang lain.

Liow berkata, terdapat banyak spekulasi mengenai punca nahas dan apakah yang berlaku ketika kejadian di media sosial tetapi khabar angin tidak berasas itu tidak akan menjawab sebarang persoalan.

"Ia tidak membantu menyelesaikan kes. Biar kita siasat dan mendedahkan hasilnya.

"Sila hormati perasaan keluarga mangsa," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Liow berkata, pasukan penyiasat yang melibatkan anggota daripada kementeriannya, polis, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat juga yang lain sedang mendapatkan petunjuk di lokasi kejadian.

Sabtu lalu, helikopter yang membawa Jamaluddin, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias dan ahli perniagaan, Datuk Robert Tan terhempas di semenyih dan mengorbankan kesemua mereka.

Turut terkorban ialah Juruterbang Kpt Clifford William Fournier; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan seorang wanita, Aidana Baizieva.

Liow turut menjelaskan bahawa Aidana Baizieva bukan pembantu juruterbang helikopter itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan