Laporan Nahas Helikopter Dalam Tempoh Sebulan

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Laporan siasatan berhubung punca nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang mengorbankan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain di Semenyih Sabtu lepas dijangka diketahui dalam tempoh sebulan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata siasatan di tempat kejadian untuk mengumpul bukti termasuk serpihan helikopter dan rakaman percakapan saksi kini sedang giat dilakukan.

"Kotak hitam yang ditemui pagi semalam akan dihantar ke Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di United Kingdom hari ini untuk dianalisis bagi mendapatkan laporan awal punca nahas.

"Tempoh untuk mengeluarkan data akan ambil masa tiga hingga empat hari, analisis data seminggu, jadi kita jangka proses untuk siasat sepenuhnya punca kemalangan akan ambil masa sebulan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan Sijil Petunjuk Geografi Halia Bentong dan Seminar Kesedaran Harta Intelek kepada pengusaha Halia Bentong di sini, Isnin. Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek; dan Pengerusi MyIPO Datuk Abdul Manan Ismail.

Sehubungan itu, Tiong Lai menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang punca kejadian kerana boleh menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa nahas.

Mengulas mengenai identiti pembantu operasi Aidana Baizieca yang menimbulkan tanda tanya, Tiong Lai sekali lagi menegaskan mangsa wanita itu adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan dan bukan pembantu juruterbang.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai laporan hasil bedah siasat dan menyatakan ia akan diumumkan bersama laporan keseluruhan punca kejadian.

Nahas pukul 4.55 petang di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, Semenyih itu mengorbankan Jamaluddin dan lima penumpang lain termasuk Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias.

Mereka dalam penerbangan pulang ke ibu negara selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang. -- Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan