Ramai Orang Kenamaan Terlibat Nahas Helikopter, Pesawat Ringan

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 11:43 AM

Bangkai helikopter yang membawa Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens bersama 10 orang yang lain termasuk menteri-menteri kabinet pada 1976.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemalangan udara melibatkan helikopter dan pesawat ringan menyebabkan banyak kematian dan kecederaan yang membabitkan orang kenamaan sejak 1976.

Antara kejadian paling mengejutkan adalah pada 1976, apabila Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens bersama 10 orang yang lain termasuk menteri-menteri kabinet, terbunuh selepas pesawat Nomad milik Sabah Air terhempas kira-kira dua kilometer dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Fuad; Menteri Kabinet, Datuk Peter Mojuntin; Datuk Salleh Sulong termasuk lapan yang lain terbunuh selepas pesawat meletup di udara dan terhempas di perairan Sembulan, beberapa meter dari sebuah perkampungan air, lapor saksi kejadian.

Dalam kejadian terbaharu, satu kemalangan udara melibatkan helikopter meragut nyawa Ahli Parlimen Rompin dan Pengerusi PR1MA Corporation, Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias bersama empat yang lain.

Berikut merupakan senarai kemalangan penerbangan lain melibatkan orang kenamaan sejak 1976.

> 10 Januari 1982 - Pesawat Cessna 206 yang membawa Menteri Luar Negeri Tun Mohd Ghazali Shafie , 50 , terhempas di kawasan pergunungan di Kampung Som Som Hilir berhampiran Janda Baik, 37 km dari Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Mohd Ghazali terselamat daripada nahas manakala dua lagi terbunuh.

>8 Mac 1987 - Sebuah helikopter Alouette yang membawa Datuk Seri Najib Tun Razak terhempas di Lebuhraya KL-Karak ketika dalam perjalanan dari Pekan menuju Kuala Lumpur. Dimaklumkan Najib tidak mengalami sebarang kecederaan semasa nahas.

> 18 Disember 1989 - Empat Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dua jeneral iaitu Mejar Jeneral, Datuk Mustaffa Awang dan Briged Jeneral, Datuk Hasbullah Yusoff merupakan antara 16 anggota ATM yang meninggal dunia dalam kemalangan helikopter Nuri di muara Sungai Lundu, 54 kilometer utara timur Kuching.

> 3 Mac 1997 - Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-HICOM, Tan Sri Yahaya Ahmad, 50, dan isterinya, Puan Sri Rohana Othman Group, 48, adalah antara tiga mangsa yang terbunuh dalam kemalangan udara melibatkan sebuah helikopter eksekutif Augusta di Benta, Pahang.

> 5 Mei 2013 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan selepas helikopter dinaiki mereka terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara TUDM di Sungai Besi.

Tags / Kata Kunci: Helikopter , Pesawat Ringan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan