Kastam Terima Penyata Cukai Pertama GST Bulan Depan

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 6:39 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menerima penyata pertama Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) daripada peniaga yang memiliki nilai perniagaan melebihi RM5 juta bulan depan, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau berkata penyata berkenaan dijangka mula diterima selepas 20 Mei.

"Mei merupakan tarikh yang penting bagi Kastam. Bagi perniagaan yang kurang dari RM5 juta, penghantaran penyata cukai berlaku setiap tiga bulan dan kali ini bulan Julai.

"Sebahagian besar penyata cukai yang diterima pada bulan Mei adalah secara dalam talian. JKDM tetap terima penyata yang dihantar secara manual," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan pegawai audit CBP Bahagian Pematuhan JKDM di ibu pejabat JKDM di sini hari.

CBP pada kadar enam peratus mula dilaksanakan 1 April lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Mengenai 55 buah kenderaan Proton Preve yang diterima Bahagian Pengurusan Pematuhan untuk kegunaan Pegawai Audit CBP hari ini, Khazali berkata kenderaan baharu itu dapat meningkatkan tahap kecekapan operasi dan memastikan semua perniagaan yang telah berdaftar CBP mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Kenderaan berkenaan diserahkan kepada negeri-negeri berdasarkan jumlah perniagaan yang berdaftar dengan CBP, katanya.

JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima kenderaan paling banyak iaitu lapan unit, diikuti Selangor (enam), Sabah (lima), Sarawak (lima), Pulau Pinang (lima) dan Johor (lima).

Negeri-negeri lain yang turut menerima kenderaan baharu ialah Perak (tiga), Kelantan (dua), Pahang (dua) dan Negeri Sembilan (dua). Perlis dan Terengganu masing-masing menerima sebuah kenderaan baharu.

Katanya kenderaan selebihnya akan diserahkan kepada negeri-negeri berdasarkan keperluan. 

Tags / Kata Kunci: Kastam , GST

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan