'Elvis' Malaysia Meninggal Dunia Pada Usia 61 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 9:43 AM

John Sia.

(Ubah saiz teks)

SIBU: John Sia, salah seorang 'peniru' gaya Raja Rock N Roll, Elvis Presley yang terkenal di negara ini meninggal pada usia 61 akibat strok.

Isterinya, Juliana Wong, berkata John sepatutnya akan mengadakan persembahan dalam satu majlis gala di Kuching pada 30 April ini tetapi sekarang ianya hanya tinggal kenangan kerana beliau sudah tiada lagi.

John meninggal secara mengejut kira-kira pukul 8.40 malam dipercayai berpunca daripada serangan strok yang disebabkan tekanan darah tinggi yang dihidapinya.

"Beliau tidak sihat selepas keluar dari bilik air. Saya kemudiannya mengurut lehernya tetapi dia jatuh pengsan dan terus meninggal," kata Juliana di sini, Ahad.

Menurut Juliana, John menjalani pemeriksaan kesihatan pada Isnin selepas mengadu tidak sihat sebelum itu.

"John baharu sahaja menghasilkan sut baharu untuk persembahan akan datang," katanya.

Pasangan itu mempunyai tiga anak lelaki.

Penyampai radio Red FM Kuching, Jennifer Lau berkata John yang menggunakan nama gelaran 'John Jack Siaz De'King' menghantar mesej kepadanya sempena Good Friday dengan menyatakan bahawa beliau teruja untuk membuat persembahan.

"Dia bertanya sama ada saya akan hadir pada majlis itu dimana empat Elvis lain, termasuk seorang dari Singapura telah dihubungi penganjur untuk mengadakan persembahan di restoran tersebut.

"Saya emcee untuk majlis itu tetapi tidak memberitahunya kerana ingin membuat kejutan kepada John," katanya.

Salah seorang daripada tujuh 'peniru' gaya Elvis di negeri itu, Sebastian El Bong berkata mereka turut dijadualkan untuk mengadakan persembahan pada 1 Mei ini.

"John dan saya antara dua Elvis berbangsa Cina di negeri ini. Pemergiannya amat kami rasai," kata Sebastian.


Tags / Kata Kunci: Elvis Malaysia , John Sia , meninggal dunia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan