Nahas Helikopter: Mayat Dua Mangsa Masih Belum Dituntut

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 11:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat dua mangsa kemalangan helikopter di Semenyih Sabtu lepas masih belum dituntut.

Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL), sehingga jam 6 petang hari ini, pihak pengurusan belum menerima laporan tentang kehadiran waris terdekat mangsa bagi menjalankan proses pengecaman dan penuntutan mayat.

Katanya, wakil dari Kedutaan Kyrgyzstan hadir kira-kira pukul 10.30 pagi di bilik mayat HKL bagi membantu siasatan ke atas satu daripada mayat berkenaan, seorang wanita yang disebut sebagai 'pembantu operasi' dari negara berkenaan.

"Bagaimanapun pihak pengurusan tidak dapat memberi sebarang pengesahan sehingga kemunculan waris terdekat dan disusuli proses bagi pengesahan mayat berkenaan," kata jurucakap itu.

Dipercayai usaha sedang dibuat bagi menghubungi waris mangsa itu.

Beliau berkata, wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat yang hadir semalam untuk proses pengecaman mayat dan dokumentasi juruterbang warga negara itu  Kapten Clifford William Fournier, telah menghubungi waris mangsa.

Kedutaan AS ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberikan sebarang maklumat mengenai ketibaan waris berkenaan atas alasan privasi. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: HKL , helikopter , Clifford William Fournier

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan