Abdul Khalid Dakwa Azmin Bersikap Oportunis

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 4:05 PM

Keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS dibuat tanpa merujuk kepada kepimpinan PKR Pusat.
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa penggantinya sebagai seorang 'oportunis yang membuat keputusan populis' tanpa mempertimbangkan kesannya kepada rakyat.

Abdul Khalid berkata kenyataan Mohamed Azmin Ali yang menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanyalah sekadar drama politik.

"Hakikatnya, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarahkan memaklumkan rakyat di semua peringkat bahawa GST akan dikuatkuasakan mulai 1 April.

"Rakyat perlu sedar daripada terus dibuai mimpi indah. Kenyataan yang dibuat Menteri Besar di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada minggu lepas tidak akan merubah apa-apa kerana Selangor tidak akan sama sekali dikecualikan daripada melaksanakan GST," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada Isnin.

Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang turut mengkritik Azmin kerana membuat beberapa keputusan yang didakwa akan menjejaskan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ini termasuk perjanjian projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan dan penstrukturan semula air yang tertangguh.

Justeru, Abdul Khalid berkata Azmin perlu bekerja lebih gigih untuk layak digelar negarawan kerana beliau masih bersendikan retorik dan sandiwara politik. 

"Kalau beginilah gaya dan pendekatan pentadbiran baharu, maka saya ulangi gesaan agar menteri besar segera berundur untuk diserahkan jawatan kepada seseorang yang benar-benar layak demi kemaslahatan rakyat," katanya.

Tags / Kata Kunci: oportunis , Azmin Ali , Abdul Khalid Ibrahim

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan