Audit: Tiga Anak Syarikat Risda Catat Prestasi Memuaskan

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga anak syarikat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)- Espek Sdn Bhd (ESPEK), Espek Livestock Sdn Bhd (ELSB) dan Espek Plantations Sdn Bhd (EPSB) - mencatat prestasi kewangan, tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan yang baik.

Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri Pertama bagaimanapun memuatkan beberapa syor penambahbaikan ke atas setiap syarikat terbabit.

ESPEK, yang menjalankan aktiviti mengurus ladang dan kilang sawit milik RISDA, mencatat keuntungan selepas cukai berterusan bagi lima tahun berturut- turut sejak 2009 hingga 2013, daripada RM1.59 juta kepada RM4.11 juta, dengan jumlah terkumpul sebanyak RM21.78 juta.

Namun, semakan audit mendapati keuntungan ladang dan kilang sawit menunjukkan penurunan berterusan.

Keuntungan ladang pada 2011 berjumlah RM146.22 juta, merosot 23.8 peratus kepada RM111.45 juta pada 2012 dan susut 53 peratus kepada RM52.33 juta berbanding tahun sebelumnya.

Laporan audit itu menyebut penurunan keuntungan itu disebabkan kejatuhan harga jualan buah tandan segar selain kos operasi yang semakin meningkat.

Prestasi kilang sawit juga merosot daripada RM10.19 juta pada 2011 kepada RM6.55 juta pada 2012 dan kepada RM2.90 juta pada 2013 disebabkan penurunan buah tandan segar yang diterima dari ladang kesan daripada proses tanaman semula dan banjir.

Jabatan audit mengesyorkan ESPEK meningkatkan keuntungan semasa atau mengurangkan kos operasi agar keuntungan bersih dapat dipertingkat serta memberi keutamaan terhadap penanaman semula kawasan ladang yang usia pokok melebihi 25 tahun.

ELSB, anak syarikat ESPEK pula menjalankan aktiviti penternakan lembu secara integrasi dan fidlot, pengeluaran baja organik, pengeluaran garam Espek Mineral Blok dan penternakan kambing Boer.

Menurut laporan audit walaupun mencatat keuntungan lima tahun berturut-turut, Jabatan audit mendapati pengurusan aktiviti ELSB kurang memuaskan.

Antara kelemahannya -- hasil jualan lembu yang merosot, kadar kelahiran lembu yang tidak mencapai sasaran, kerugian penternakan kambing Boer serta kadar kelahiran tidak mencapai sasaran selain prosedur operasi standard/operasi manual tidak disediakan bagi penternakan lembu.

Audit mengesyorkan ELSB mengambil tindakan penambahbaikan yang sesuai mengikut aktiviti, mengkaji punca kadar kelahiran yang rendah dan kematian, serta memastikan rekod pengurusan diselenggarakan dengan lengkap.

EPSB, anak syarikat ESPEK menjalankan aktiviti perladangan sawit termasuk  kerja pembangunan tanah, penuaian, pengangkutan dan pemasaran buah tandan segar serta penyelenggaraan ladang.

Laporan audit menyatakan EPSB turut mencatat keuntungan selepas cukai berterusan bagi 2009 sehingga 2013, namun pencapaian sasaran merosot pada 2013.

Ini disebabkan kurang mendapat kontrak dengan perolehan kontrak bergantung sepenuhnya kepada syarikat induk.

Syarikat tersebut juga banyak menawarkan kerja kepada kontraktor kecil disebabkan kekurangan jentera dan tenaga kerja, yang menyebabkan untung kasar yang kecil.

Antara saranan audit bagi menambah baik dan meningkatkan prestasi pengurusan, EPSB disarankan menyertai beberapa kontrak selain daripada syarikat induk, bagi mengelak daripada kebergantungan tinggi.

Selain itu, EPSB boleh meningkatkan keuntungan operasi dengan melakukan sendiri kerja yang diperoleh, di samping membuat pelaburan dalam jentera perladangan.

Tags / Kata Kunci: Audit , Risda

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan