Audit: Puas Hati Pengurusan Dua Jabatan, Sebuah GLC Di Perlis

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 4:26 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Ketua Audit Negara puas hati dengan pengurusan dua jabatan dan sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang diaudit antara Julai hingga Disember tahun lepas.

Laporan itu yang dikeluarkan, Isnin menyebut tiada salahlaku atau tadbir urus berlaku malah pengurusannya berpotensi dikembangkan dan ditambahbaik.

Agensi tersebut ialah Jabatan Tanah dan Galian Negeri serta Jabatan Pertanian yang diaudit dari September hingga Disember, manakala anak syarikat milik kerajaan negeri, Hotel Brasmana Sdn Bhd diaudit dari Julai hingga September.

"Kelemahan Jabatan Tanah dan Galian hanya kurang pemantauan terhadap pengusaha kuari menyebabkan hasil yang sepatutnya diperolehi tidak dikutip.

"Diharapkan Pegawai Pengawal menggunakan laporan Ketua Audit Negara sebagai asas membaiki kelemahan, memantapkan dan menambahbaik pengurusan serta meningkatkan akauntabiliti dan integriti serta nilai bagi setiap ringgit yang dibelanjakan," tambah laporan itu.

Mengenai Jabatan Pertanian, laporan itu menyebut sasaran penanaman mempelam harumanis seluas 200 hektar setahun pada 2012 dan 2013 tidak tercapai, sebaliknya pengeluaran menurun dalam tempoh tersebut.

"Punca utama perkara ini berlaku adalah pengusaha tidak berminat kerana penjagaan harumanis rumit manakala pengeluaran mempelam Perlis Sunshine juga merosot.

"Ketua Audit Negara mengesyorkan bagi mempastikan industri pengeluaran buah-buahan terus meningkat, Jabatan Pertanian perlu mendapatkan maklumat lengkap mengenai peserta, keluasan tanaman, bantuan yang diagihkan serta pencapaian projek dan dikemaskini dalam sistem AgrIS GeoPortal," kata Ketua Audit Negara.

Ketua Audit Negara memuji pengurusan Hotel Brasmana yang mencatatkan keuntungan tiga tahun berturut-turut pada 2011, 2012 dan 2013 serta merekodkan penyata aliran tunai yang positif sepanjang tempoh itu.

"Hotel ini menunjukkan tadbir urus korporat yang baik namun perlu menambahbaik kemudahan hotel bagi memenuhi keperluan pelanggan serta menambah aktiviti yang boleh meningkatkan pendapatan," kata Ketua Audit Negara. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Perlis , Audit , Hotel Brasmana Sdn Bhd

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan