Audit: Tiga Syor Untuk Dua PBT Di Terengganu Baiki Kelemahan

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 6:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Laporan Ketua Audit Negara mengemukakan tiga syor untuk dilaksanakan oleh ketua dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Terengganu yang didapati tidak cekap menguruskan projek dan perolehan serta lemah tadbir urus korporat mereka.

Dalam laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Majlis Daerah Besut (MDB) diminta menggunakan syor berkenaan bagi menambah baik kelemahan yang dibangkitkan dengan tujuan mengelak kelemahan sama berulang.

Menurut laporan itu, pengauditan terhadap MPK dan MPB dari Julai hingga September 2014 mendapati pengurusan perolehan kurang memuaskan kerana terdapat beberapa ketidakpatuhan dalam prosedur perolehan.

Bagi perolehan secara tender dan rundingan terus, antara kelemahan dikenal pasti adalah bayaran dibuat terhadap kerja yang tidak dilaksanakan, projek tidak siap dalam tempoh ditetapkan, projek siap yang tidak dimanfaatkan, serta dokumen kontrak tidak disediakan dan lewat ditandatangani.

Malah Jawatankuasa Pembuka dan Penilaian Sebut Harga tidak dilantik bagi perolehan secara sebut harga dan selain itu kelemahan turut dikesan bagi perolehan secara pembelian terus iaitu pesanan kerajaan dikeluarkan selepas barangan diterima dan pembelian terus ke atas barang yang sama melebihi RM50,000 setahun.

Menurut laporan itu, semakan dan pemeriksaan audit sehingga September 2014 turut mendapati hanya empat daripada 16 projek kerja yang sudah dilaksanakan MPK manakala empat daripada tujuh projek kerja dilaksanakan di MDB telah disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan selain turut mendapat teguran tentang kualiti dan kemasan kerja yang tidak memuaskan.

Pihak audit yang melakukan lawatan pada September 2014 di Kemaman turut menegur projek siap yang tidak dimanfaatkan iaitu Bangunan Pasar Binjai yang masih tidak dibuka untuk sewaan biarpun siap dibina pada 2008 dan bangunan Kompleks Tekstil di Bandar Baru Kijal yang masih belum digunakan biarpun siap dibina pada 2011.

Justeru Ketua Audit Negara mengesyorkan dua PBT itu membuat pemantauan rapi terhadap perolehan terutamanya kontrak pembinaan bagi mengelak kelewatan menyiapkan projek yang menjejaskan imej Majlis.

Selain itu disyorkan tindakan tatatertib atau surcaj dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembayaran tidak teratur berhubung kerja yang tidak dilaksanakan supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.

"Malah Jawatankuasa Pembuka dan Penilai Sebut Harga perlu dipastikan dilantik secara bertulis dan tempoh kerja dilindungi oleh polisi insurans," menurut laporan itu.

Tags / Kata Kunci: PBT , Terengganu

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan