Audit: 6,577 Penerima BR1M Buat Lebihan Tuntutan Cecah RM3 Juta

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 8:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih 6,000 rakyat Malaysia didapati menyalahgunakan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan mengemukakan tuntutan lebih sekali hingga menyebabkan kerajaan membelanjakan lebih RM3 juta antara 2012 dan 2014.

Pemeriksaan Jabatan Audit Negara mendapati 6,577 penerima BR1M berdaftar membuat lebihan tuntutan antara sekali hingga empat kali.

Berdasarkan rekod, sehingga 31 Disember 2014, seramai 1,402 penerima membuat lebihan tuntutan BR1M melakukan pembayaran balik.

Ia didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2014 siri satu yang diedarkan di Dewan Rakyat pada Isnin.

“Hasil temu bual bersama pegawai penyelaras yang menguruskan BR1M secara langsung, didapati semasa diadakan majlis penyerahan baucar BR1M, pihak bank membuka kaunter bergerak di luar talian.

“Pihak bank hanya membawa senarai penerima berjaya, wang tunai dan cop pengesahan. Bayaran dibuat kepada penerima BR1M yang membuat tuntutan dengan menyemak senarai nama tanpa membuat semakan lanjut melalui pangkalan data sistem dalam talian.

“Tindakan ini memberi ruang kepada penerima BR1M untuk mengambil kesempatan dengan melakukan tuntutan bayaran lebih daripada sekali,” jelas laporan itu.

Bagaimanapun Kementerian Kewangan telah melakukan penambahbaikan kaedah pengagihan BR1M dengan memperkenalkan sistem agihan terus secara dalam talian ke akaun penerima.

Selain itu pengenalan surat kelulusan BR1M 2014 yang mempunyai ciri-ciri keselamatan anti ciplak bagi menggantikan sistem baucar juga berjaya mengelak berlakunya tuntutan lebih daripada sekali. 


Tags / Kata Kunci: BR1M , Audit , Kementerian Kewangan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan