Audit: Pengarah, Pengurusan KMP Perlu Pantau Portfolio Pelaburan Individu

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga pengarah serta pengurusan Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd (KMP) perlu memantau portfolio pelaburan secara individu bagi memastikan risiko portfolio dapat diminimumkan secara menyeluruh.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Isnin, pemantauan perlu dilakukan bagi syarikat portfolio yang menunjukkan prestasi kewangan kurang memberangsangkan serta mengambil tempoh yang lama untuk menghasilkan output syarikat.

Aktiviti utama KMP membabitkan pelaburan langsung dan pelaburan tidak langsung.

Laporan audit itu menyebut KMP menghadapi risiko/kekangan dalam menguruskan aktiviti modal teroka, pelaburan portfolio jangka panjang yang tidak sepadan dengan pembayaran pinjaman jangka sederhana, risiko pelaburan serta peningkatan peruntukan susut nilai yang ketara pada 2013.

Dari 2004 hingga suku kedua 2014, KMP membuat pelaburan ekuiti langsung berjumlah RM80.96 juta melibatkan kos pelaburan ke atas 28 syarikat pelbagai fasa.

"Pengurusan KMP perlu lebih teliti dalam menilai syarikat portfolio sebelum pelaburan dana modal teroka dimulakan bagi memastikan syarikat tersebut mempunyai daya survival, dan teknologi yang dibangunkan mengikut perkembangan industri semasa," demikian menurut laporan tersebut.

KMP menubuhkan empat anak syarikat milik penuh dan satu anak syarikat kecil.

Tiga daripada anak syarikat tersebut ialah Plug  and  Play Technology Holdings Sdn Bhd, Perdana Capital Labuan (Incorporated) dan E and E Catalyst Sdn Bhd.

Perdana Capital Labuan dan Plug  and  Play telah merekodkan kerugian selepas cukai bagi tiga tahun berturut-turut serta jumlah hutang yang signifikan.

"Pengurusan KMP perlu mengkaji semula keperluan menubuhkan anak syarikat kerana penglibatan mereka tidak menambah keuntungan kepada KMP," menurut laporan tersebut.

Laporan audit itu turut mengesyorkan pengurusan KMP mengemas kini semua maklumat dalam sistem pelaburan yang dibangunkan supaya pembangunan sistem ini dapat dimanfaatkan oleh pengguna dan tidak berlaku pembaziran perbelanjaan.-- Bernama



iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan