Audit: Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Autoclave Di Klinik Nur Sejahtera Tamat Tempoh

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sijil perakuan kelayakan bagi lapan mesin ‘autoclave’ di Klinik Nur Sejahtera di bawah tanggungjawab Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang masih digunakan sudah tamat tempoh, menurut Laporan Ketua Audit Negara Siri 1.

Laporan itu menyebut sijil perakuan kelayakan yang tamat tempoh boleh membahayakan keselamatan pengguna.

Menurut laporan itu, Peraturan 10(2) iaitu Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan, Akta Kilang Jentera 1970 menyatakan setiap mesin ‘autoclave’ hendaklah mempunyai perakuan kelayakan dan diperbaharui sekiranya tamat tempoh.

“Sijil perakuan kelayakan bagi lapan mesin bernilai RM125,400 didapati tamat tempoh antara tiga hingga 100 bulan, yang disebabkan oleh pegawai yang bertanggungjawab tidak memeriksa tempoh tamat bagi sijil perakuan kelayakannya.

“Kegagalan LPPKN memperbaharui sijil perakuan kelayakan boleh menyebabkan LPPKN dikenakan tindakan undang-undang kerana membahayakan keselamatan pengguna,” demikian menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Menurut laporan berkenaan, lapan mesin ‘autoclave’ yang tamat tempoh sijil perakuan kelayakan dikesan di Klinik Nur Sejahtera di Nusa Jaya, Selayang, Kuala Kangsar, Shah Alam, Ampang, Sg Besi, Klang dan Raub.

Berdasarkan maklum balas LPPKN pada 14 dan 28 Januari lalu, prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan bersama peralatan sewaktu pengagihan dilakukan.

Laporan itu menyebut surat peringatan bertarikh 7 Januari lalu dikemukakan kepada semua pengarah LPPKN negeri bagi memastikan peraturan sentiasa dipatuhi.

Klinik Nur Sejahtera menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya perancangan keluarga, pemeriksaan payudara, saringan kesejahteraan dan subfertiliti.

Program Khas Subsidi Ujian Mamogram dan Program Khas Vaksinasi HPV (virus Human Papilloma) merupakan sebahagian daripada program teras LPPKN yang disalurkan melalui 59 Klinik Nur Sejahtra di 13 negeri dan 2 wilayah persekutuan termasuk enam bas sebagai klinik bergerak.

Tags / Kata Kunci: Klinik Nur Sejahtera , Audit

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan