Kematian Jamaluddin Jarjis Satu Kehilangan Besar Kepada Negara - Tun M

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 3:37 PM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir di kediaman Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis untuk memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah disemadikan di Makam Masjid Negara selepas solat Asar, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kematian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada anggota keluarganya malah kepada negara.

Katanya, beliau sudah lama mengenali anggota Parlimen Rompin itu termasuk ketika Allahyarham berkhidmat sebagai anggota kabinet semasa tempoh perkhidmatannya.

Sambil menyifatkan Jamaluddin sebagai 'aktivis', Dr Mahathir berkata: Kematiannya satu kehilangan besar. Beliau telah berkhidmat dengan saya untuk masa yang lama, juga dalam kabinet.

"Oleh itu, sudah tentu sejak saya bersara, saya tidak bekerjasama dengan beliau. Saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga beliau," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota keluarga Jamaluddin di The Mines, Seri Kembangan, di sini, Ahad.

Ditanya bila kali terakhir dia bertemu Jamaluddin, Dr Mahathir berkata ia adalah semasa Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima'15) baru-baru ini, di mana mereka berbincang tentang projek perumahan di bawah Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor petang semalam, Jamaluddin disenaraikan sebagai seorang daripada enam mangsa termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier; pembantu operasi Aidana Baizieva; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.

Kesemua mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan pengesahan identiti.

Sementara itu, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Dr Mohd Ali Rustam berkata beliau terkejut apabila mendengar tentang kejadian itu.

"Helikopter yang dinaiki arwah itu saya pernah naik dan antara yang terbaik.

Saya terperanjat dan kehilangannya amat dirasai kerana saya sudah mengenali arwah lebih dari 20 tahun," katanya sambil menyifatkan Jamaluddin sebagai seorang sahabat yang sangat baik.

Mohd Ali berkata, sepatutnya beliau dan Jamaluddin dijadual bertemu tidak lama lagi untuk berbincang tentang projek perumahan untuk rakyat. -- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan