'Terlalu Awal Bercakap Mengenai Rompin' - Adnan Yaakob

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 9:34 PM

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menjawab soalan media ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri di Yayasan Pahang, dekat Kuantan, Jumaat. -fotoBERNAMA

Datuk Seri Adnan Yaakob

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai Rompin, bila tiba masanya, kami pastinya akan memaklumkan kepada rakyat mengenai rancangan kami," kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan berkata beliau sangat sedih dengan kematian mengejut Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang dianggap sahabat sejak hampir 30 tahun.

"Bagi pihak diri saya, Negeri Pahang dan Umno Pahang, kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Jamaluddin dan juga semua keluarga mangsa kemalangan nahas helikopter," katanya.

Adnan berkata, sumbangan Jamaluddin untuk agama, bangsa dan politik sangat dihargai dan dikenang.

"Saya berharap badan penyiasatan akan melakukan siasatan menyeluruh dan membentangkan laporan mereka. Hanya selepas keputusan siasatan nahas dikeluarkan, kami (kerajaan negeri) akan buat keputusan selanjutnya," kata Adnan ketika ditemui selepas pengebumian jenazah Jamaluddin di Makam Masjid Negara di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan Anggota Parlimen Rompin itu sebagai seorang yang mempunyai watak berwarna-warni dan ceria.
Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , Datuk Seri Adnan Yaakob

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan