Tragedi Semenyih: Rakan Sukar Terima Hakikat Azlin Terbunuh

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 2:15 PM

Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga dan saudara terdekat Ketua Setiausaha kepada Perdana Menteri Allahyarham Datuk Azlin Alias sebaik ketibaan jenazah di kediamannya di sini, Kajang. Jenazah terlibat dalam nahas helikopter terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang Sabty. --fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Suasana suram menyelubungi rumah keluarga Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Seri Azlin Alias, serta rakan dan saudara mara yang hadir memberikan penghormatan terahkir kepada keluarga mangsa. 

Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Azlin antara enam orang yang berada dalam helikopter terkorban apabila helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang Sabtu.

Pada pukul 9.30 pagi Ahad, satu majlis tahlil diadakan di rumah Allahyarham di Saujana Impian, Kajang. 

Sekitar pukul 11.30 pagi, semakin ramai tetamu menghadiri majlis tahlil berkenaan, termasuk Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 

Jiran Allahyarham, Raja Azli Raja Shahrom yang juga teman rapat Azlin berkata beliau sangat terkejut dengan masih belum dapat menerima berita pemergiaan Azlin. 

"Kali pertama saya bertemu dengannya, ketika itu beliau belum berkhidmat dengan Pejabat Perdana Menteri, ketika itu dia masih bekerja dengan sektor korporat," katanya. 

Beliau berkata Azlin telah tinggal di kawasan perumahan tersebut sejak 13 tahun lalu. 

"Dia seorang yang peramah, baik hati dan sederhana serta suka membantu orang lain. Beliau juga seorang yang aktif di kawasan perumahan dan mudah bergaul dengan semua orang. 

"Tiada protokol langsung. Dia seorang yang sangat merendah diri. Anda tidak perlu memanggilnya dengan gelaran 'Datuk' sebaliknya dia lebih suka jika kita memanggil namanya," kata Raja Azli. 

Sementara itu,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bekerja rapat dengan pegawainya itu.

"Beliau setuju untuk meninggalkan kerjayanya dalam dunia korporat untuk berkhidmat kepada kerajaan. Azlin seorang yang dedikasi, boleh dipercayai dan disenangi ramai. Kematiannya suatu kehilangan kepada saya kerana dia telah membantu saya untuk melaksanakan banyak hal penting dalam kerajaan," katanya.

Sebelum ini, Azlin adalah Pengarah Bahagian Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Ketika kejadian, helikopter itu membawa enam orang termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan dari Kedah, Datuk Robert Tan, pengawal peribadi Jamaluddin, Mohd Raskan Seran dan Ajdiana Baiziera yang dipercayai pembantu juruterbang.

Empat lagi mangsa yang turut dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan