Saya Kehilangan Seorang Guru - Ismail Abd Muttalib

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 10:08 AM

Ismail Adul Muttalib.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata Tan Sri Jamaluddin Jarjis bukan setakat rakan dalam politik tetapi pernah menjadi guru matematiknya.

Beliau berkata Allahyarham Jamaluddin menjadi guru sambilan di sekolah menengah tempat beliau belajar dan mengajar mata pelajaran matematik.

Jamaluddin, 63, ketika itu sedang menunggu tawaran kerajaan melanjutkan pelajaran ke University of Manchester, United Kingdom pada 1970-an.

"Arwah antara individu yang banyak membantu saya semasa belajar. Seperti kebiasaan saya memanggil beliau cikgu, sehingga beliau mendapat gelaran Tan Sri," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini semalam.

Beliau berkata pada suatu ketika, Jamaluddin bertanya kepadanya, mengapa menukar panggilan daripada 'cikgu' kepada 'Tan Sri'.

Ismail berkata beliau harus menghormati panggilan yang lebih besar untuk gurunya itu.

Ismail, 60, yang juga Ahli Parlimen Maran berkata beliau juga pernah merakamkan gambar kenangan bersama Jamaluddin semasa di bangku sekolah.

Ismail berkata Jamaluddin merupakan 'senior' baginya dalam bidang politik dan banyak memberi nasihat semasa beliau baharu menceburi bidang politik, dan Allahyarham berpesan supaya tidak cepat mengalah kepada cabaran.

"Saya juga sering mengikut Allahyarham melawat kawasan Orang Asli di Rompin dan mereka memang begitu dekat di hati arwah yang mahu masyarakat Orang Asli terlibat dalam semua program ekonomi," katanya.

Ismail berkata kali terakhir mereka bertemu ialah pada majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan, petang semalam.

"Kami juga sempat bertemu di perasmian AgroBazar Rakyat 1Malaysia di Indera Mahkota di sini dan pada sebelah malam (Jumaat), kami bertemu di majlis makan malam di Pekan.

"Semalam, kami berjumpa pula di kenduri. Kami berbual seperti biasa. Pelbagai topik termasuk politik. Allahyarham pulang terlebih dahulu daripada saya," katanya.

Selain itu, Ismail juga sempat bertegur sapa dengan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias pada majlis itu dan menyifatkan Allahyarham seorang yang 'simple' (bersederhana) dan merendah diri.

"Sebelum ke meja tetamu khas dan kenamaan, saya duduk semeja dengan Azlin. Tidak sangka itu menjadi pertemuan terakhir kami," katanya.

Azlin turut terkorban bersama Jamaluddin dalam nahas helikopter yang berlaku pada 4.55 petang semalam, selepas helikopter itu terhempas di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru di Semenyih.

Ismail turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka tabah menghadapi ujian itu.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terkejut dengan insiden itu, berkata beliau sempat minum teh bersama Jamaluddin di sebuah hotel pada malam Jumaat lepas, selepas perasmian program AgroBazar Rakyat 1Malaysia di sini.

Malah, Ismail Sabri berkata pada majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri di Pekan semalam, beliau sempat bergambar bersama Jamaluddin dan Azlin.

"Saya benar-benar terperanjat dengan berita ini. Saya merasa sangat sedih kerana Jamaluddin sahabat karib saya sejak dari zaman Pemuda Umno.

"Pemergian beliau satu kehilangan kepada saya dan rakan-rakan serta negara," katanya dan menambah Jamaluddin pulang awal sebelum majlis perkahwinan tersebut berakhir.

Ismail Sabri turut menyifatkan Jamaluddin seorang sahabat yang setia dan tetap bersama walaupun dalam apa jua keadaan.

Beliau berkata Jamaluddin seorang pemimpin berpandangan jauh dan ini terbukti semasa Allahyarham menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab melaksanakan Program Angkasawan Negara.

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan